‘Air Boring’ Jadi Air Minuman Di Kelantan

“Air boring?” Soal seorang rakan yang hairan rumah penulis menggunakan bekalan air yang dipam melalui enjin yang dinamakan penduduk Kelantan air boring.

“Air boring” sebenarnya ialah air yang digerudi dari bawah tanah yang dipam ke permukaan menggunakan pam elektrik melalui laluan paip.

Sistem telaga tiub ini juga dikenali sebagai “air pancang” atau “air tiub”, cuma rakan penulis dari sebuah negeri lain ini tidak biasa dengan istilah air boring, yang begitu diperlukan penduduk Kelantan terutama ketika menghadapi masalah air berkarat atau pun tekanan air rendah.

Biarlah berbelanja lebih sedikit asalkan hati tidak gundah menikmati air yang rendah kualitinya dan tidak terjamin kesihatan meminum air berkarat, kata sebilangan mereka.

Lebih teruk lagi ialah bagi yang menghadapi masalah tekanan air rendah, kerana terpaksa menunggu air menitik keluar dari paip di awal pagi ketika ramai pengguna lain sedang tidur lena.

“Mana tahan baju kerja (uniform) saya yang berwarna putih bertukar warna (kerana air berkarat),” rungut Suhaizawati Malek, 37, seorang jururawat di sebuah hospital kerajaan di sini.

Suri rumah Siti Norlida Mohd Akhir, 38, juga menghadapi masalah yang sama. Semua baju sekolah anaknya menjadi perang selepas dibasuh menggunakan air paip dan disebabkan itu beliau memilih menggunakan air boring.

“Saya puas hati setelah berbelanja hampir RM1,000 akhirnya masalah air berkarat selesai,” katanya.APA ITU AIR BORING?

Air boring ini merupakan penggunaan air alternatif yang diambil airnya dari dalam tanah lebih 20 meter atau beratus meter di bawah permukaan bumi.

Sumber air bawah tanah di sesuatu kawasan itu akan diambil daripada lapisan batuan keras granit atau batuan keras lain dan air disedut menggunakan pam air elektrik. Airnya lebih berkualiti kalau dibandingkan air yang diambil dari permukaan sungai dan kolam.

Seorang penggerudi air boring berpengalaman, Din Omar, 58, berkata beliau hanya memerlukan sehari bagi kerja mengorek tanah sedalam 20 meter berbanding dua atau tiga hari bagi mereka yang baru “menerokai” kerja sedemikian.

“Kadang-kadang saya mengorek lebih 20 meter bergantung kepada sumber mata air,” katanya.

Bekas pekerja Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd itu menggunakan pengorek khas yang ditempah bagi kerja yang dilakukan secara manual itu.

Din menggunakan dua jenis pengorek iaitu pengorek bagi mengeluarkan tanah dan satu lagi pengorek untuk membuang pasir sehinggalah air mata air ditemui.

Dengan dibantu dua pekerja lagi, paip PVC sebesar 10.16 cm secara bersambung-sambung dimasukkan ke dalam tanah yang dikorek itu bertujuan bagi mengelak ia tertimbus dan paling penting untuk menakung air.

Air dipam ke dalam tangki atau terus ke paip menggunakan pam kuasa elektrik yang berharga antara RM150 hingga RM800 seunit.

BUKAN SEMUA LOKASI SESUAI DIGALI AIR BORING

Namun bukan semua tempat sesuai untuk digali telaga tiub ini kerana di sesetengah tempat, terdapat air berbau busuk dan berwarna merah yang tidak sesuai untuk diminum kerana mengandungi toksik logam.

“Tempat yang sesuai bukan di kawasan yang terdapat air paya, sawah padi, kawasan tanah gambut dan berhampiran laut kerana kebanyakan air bawah tanah itu berbau busuk dan tidak sesuai untuk diminum.

“Jika berdekatan dengan tangki najis juga tidak sesuai kerana dibimbangi air bawah tanah itu tercemar manakala jika di tanah gambut kami sukar untuk mengoreknya kerana sering tertimbus disebabkan tanah di sekelilingnya lembut,” katanya.

Beliau berkata tempat yang sesuai selalunya di kawasan tanah liat dan di bawahnya pula terdapat lapisan pasir kerana air yang disedut seolah-olah sudah ditapis secara semula jadi.

Namun awas! Jika kali pertama anda menggunakan air itu jangan terkejut jika berbau selut atau lumpur, bagaimanapun dalam tempoh sehari dua anda akan menikmati air yang benar-benar bersih serta selamat untuk diminum.

Penulis sempat membezakan air yang diambil itu dengan air bermeter yang dibekalkan pihak berkuasa Kelantan dan terdapat kelainan daripada segi warna dan rasa.

PENAPIS AIR ANTARA ALTERNATIF LAIN

Bagi sesetengah penduduk Kelantan yang lain mereka membelikan penapis khas untuk menapis air bermeter mereka namun tidak mampu mengurangkan warna merahnya.

“Penapis saya akhirnya rosak mungkin kerana karat air,” kata Zamri Abdullah, 47.

Zamri bukan tidak mampu membina air boring tetapi air yang terdapat di kawasan luar rumahnya didapati tidak sesuai kerana ia berbau.

“Nak tak nak saya kena beli penapis yang harganya hampir RM2,000 tetapi sekarang saya pening apa kaedah lain bagi mengelak keluarga saya terus-terusan meminum air yang berkarat ini,” katanya.

Kerajaan negeri sedang berusaha menukar batang paip baru menggantikan yang lama secara berperingkat kerana dipercayai air karat itu berpunca daripada batang paip lama, selain menaik taraf loji air yang ada.

Abdul Rani Donik, 61, seorang pembuat rumah terkenal di sini turut mengesyorkan penggunaan air boring itu kerana kebersihannya.

“Hampir 80 peratus rumah baru yang saya bina dipasang dengan air boring.

“Masalah guna air boring apabila pamnya sering dicuri dan jika berlaku kerosakan sudah tentu air kerajaan juga ditagih,” katanya.

– BERNAMA

7 Respons to “‘Air Boring’ Jadi Air Minuman Di Kelantan”

  1. rujuk kepada orang tua tua mereka lebih tau tempat air bawah tanah mengalir. tetapi ada cara moden untuk mencari air…menggunakan cara ujian tanpa musnah geology resistivity measurement, gpr (ground penetration data) , dan magnetic fied radian…namun cara yang paling efisien untuk detek air lebih untung merujuk kepada orang tua tua. untuk penggalian air…tempat yang mudah air yang banyak perlu merujuk kepada tempat berlari air pada lapisan pasir kasar…petua menggali air boring hanya berpegang kepada perinsip ini sahaja…carilah lubang yang ter dapat lapisan kasar…yang menyebabkan kos tinggi ialah bila penggalian bermula dan tempat screening pada pvc untuk air masuk kedalam telaga terlalu dalam melebihi 10 meter lebih 30 kaki…ini kerana pump biasa hanya menpunyai suction head sedalam 10 meter dan pump yang boleh menyedut pada kedalaman lebih 30 kaki terlalu mahal dan semua kos terletak padanya. cara kita mendesignkan telaga juga akan mempengaruhi kadar kekeringan telaga dan keupayaan storage air dalam telaga

  2. saya baru sahaja membuat boring air dan alhamdulillah air yang saya dapat setaraf dgn air kelantan ( mungkin lebih baik ) cuma rasanya seperti air zam zam mungkin disebabkan kandungan galian yang tinggi. Persoalan saya bolehkah air ini dibuat minuman seharian dan adakah ianya baik untuk kesihatan? diharap ada jawapan daripada pakar2………sekian tq

  3. SYNERGY Says:

    saya darikedah nak buat telaga boring boleh hubungu saya
    0194645216 azhar

  4. Assalamualaikum saya ingin bertanya dimana nak dapatkan perkhidmatan bore air ni di Muar Johor…kalau sudi bantu saya, salam Taib Suhut 0166159844

  5. Saya ada produk organik untuk menghilangkan bau air telaga, silalah hubungi saya 0199924844, tq

  6. di perak ade ke orang buat air boring ni?dirumah saya masalah bekalan air selalu terjadi ketika musim perayaan.

  7. Sayapun nal pasang air boring di kebun saya di Batang Kali.
    Kalau ada sesiapa menyadiakan perlhidmatan ini sila hubungi saya di talian 0122809731.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: