Nik Aziz Ke Dunia Blogger Politik Tanah Air

KOTA BHARU 17 Mac – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.

Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu.

Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa.“Beliau (Nik Abdul Aziz) akan cuba menyampaikan pandangannya berhubung isu-isu semasa kepada masyarakat dan penyokong parti dengan lebih pantas dan jelas,” ujarnya.

Anual Bakhri memberitahu Utusan Malaysia, ia juga akan memberi ruang kepada Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selaku pemilik blog untuk menyeimbangkan informasi daripada segenap pihak terutama media.

“Kegiatan-kegiatannya dalam kerajaan dan parti serta ceramah-ceramahnya akan turut dipaparkan untuk rujukan masyarakat, para pengkaji atau mereka yang ingin membuat analisis,” katanya.

Beliau memberitahu, melalui blog berkenaan, ia akan turut memudahkan pihak media mendapatkan ulasan Nik Abdul Aziz dalam pelbagai isu semasa yang berbangkit.

“Ia akan menjadi satu alternatif kepada pihak media sendiri bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan mengelak daripada berlakunya kekeliruan, salah faham dan juga pentafsiran,” ujarnya.

Katanya, blog itu buat permulaan tidak dibuka kepada pihak yang menjenguk laman untuk membuat sebarangan ulasan atau mengemukakan pandangan.

“Ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan pada masa depan, pandangan Nik Abdul Aziz juga akan turut diterjemahkan dalam bahasa Inggeris di samping penggunaan tulisan jawi.

“Ia selaras dengan dasar langit terbuka kini apabila masyarakat dunia boleh turut memahami dan mengetahui apa yang berlaku,” ujarnya.

Katanya, blog ini akan dilancarkan oleh Nik Abdul Aziz serentak dengan pelancaran WiFi Aptus Net yang dikendalikan oleh syarikat Aptus Net Comunity.

Aptus Net Comunity merupakan sebuah anak syarikat Infra Quest milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). – Utusan

4 Respons to “Nik Aziz Ke Dunia Blogger Politik Tanah Air”

  1. Org UMNO Berkata:

    wahai nik aziz….
    baik kamu berhenti berpolitiklah…
    ingatlah kamu sudah tua…
    polotik kata pergi, kubur kata mari….
    dulu zaman tunM jdi PM kau beriya2 suruh tun letak jawatan jid pm..
    skrg kau tuh dah tua.. taubatlah..
    org cina boleh baca ayat quran pilihan raya kecil bukit gantang..
    org2 pas bertepuk tangan..
    dan kau nik aziz berikomen yg mencewakan org melaya.. mcm nih ke ulamak???
    ini ular DALAM SEMAKK laaa nik ajiz

    • penyokong Berkata:

      Kenapa kiti hina ulamak?
      mereka membawa agama Allah,agama Islam,
      mereka juga waris nabi,

      Ingatlah…
      Allah pernah murka terhadap orang yang menhina nabi,
      Bagaimana pula dengan orang yang menhina para ulamak yang merupakan waris nabi?
      Tidak murkakah Allah?
      Fikir-fikirkanlah…
      Saya sokong NIK AZIZ

      • ffataah Berkata:

        Orang Umno memang x penah faham agama..diorang pk xde benda pon klu caci2 ulamak..mereka fikir ulamak pon berpolitik macam mereka, kotor,rasuah, dan hina…namun bagi ulamak berpolitik adalah wadah untuk menegakkan agama Allah dimuka bumi..

  2. mohd khairul anuar Berkata:

    terbukti PRK kerdau & melimau rakyat menolak parti PAS. sepanjang PRK Kerdau yg saya ikuti PAS x pernah menyuarakan tentang hukum HUDUD. Di mana pendirian PAS sekarang? Menyorok di belakang PKR & DAP kah? saudara ffataah kita bukan hina ulamak. kita menceritakan tentang seseorg itu mengaku dirinya ulamak. Rasullah SAW pada masa dia berdakwah, beliau x pernah mengkafirkan sesama umat. JIka penyokong2 fanatik PAS mengatakan Nik Aziz itu ulamak suruh dia lepaskan jawatannya. BERDAKWAHLAH KE JALAN ALLAH. Bukan berpolitik. Erat silatur rahim bukan memecah-belahkan umat. Jangan jadi mcm al juburi. saudara penyokong saya minta maaf kerana x sempat mengikuti bicara anda. Ulamak PAS boleh menghina ulamak UMNO (kerajaan). Ulamak apa ni? Ulamak akhir zamankah? banyak2 sikit mentelaah HADIS.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.