Arkib untuk jawatan kosong

Peluang Kerjaya : AADK Rancang Wujud 300 Jawatan Pegawai Pengurusan Kes

Posted in umum with tags , , on Januari 6, 2010 by ffataah

PUTRAJAYA, 6 Jan (Bernama) — Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan mewujudkan kira-kira 300 jawatan pegawai pengurusan kes di seluruh negara secara berperingkat dalam usaha mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah keluarga yang berdepan dengan kemelut akibat penyalahgunaan dadah.

Ketua Pengarahnya Datuk Abd Bakir Zin berkata pegawai itu juga ditugaskan memberi khidmat nasihat dan rawatan susulan bagi kira-kira 35,000 kes pengawasan dalam komuniti yang membabitkan kalangan mereka yang dijatuhi hukuman oleh majistret.

Beliau berkata AADK ketika ini sememangnya mempunyai seorang pegawai di peringkat daerah, namun tugasnya lebih menjurus kepada urusan yang berkaitan dengan pentadbiran dan kewangan.

“Pegawai berpangkat S41 yang akan dilantik ini nanti akan dipilih dari kalangan profesional, iaitu mereka yang mempunyai latar belakang psikologi serta sosiologi, di samping memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan penagih dadah dengan lebih berkesan supaya tabiat ini tidak diulangi,” katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan agensi itu, di sini Rabu.

Continue reading

Tertakluk Kekosongan Jawatan : Pengambilan Lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sebagai Guru

Posted in umum with tags , , on Disember 31, 2009 by ffataah

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi berkata, bukan semua lulusan tersebut boleh berkhidmat sebagai guru kerana Institut Pendidikan Guru (IPG) telah memberi lathan kepada bakal-bakal guru mengikut keperluan semasa ”Sebab graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan mengambil bidang mereka sendiri bukan berdasarkan keperluan, kita tidak semestinya dapat menerima semua.

”Kita kena tengok pengkhususan dan opsyen graduan, mereka yang tidak dapat bekerja dengan Kementerian Pelajaran mungkin boleh mengajar di sekolah swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Hari Kualiti 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini yang menyaksikan Bahagian Buku Teks muncul pemenang Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran.

Puad bagaimanapun berkata, soal keutamaan kepada IPG berbanding graduan Sarjana Muda Pendidikan tidak timbul kerana Kementerian Pelajaran melakukan proses pengambilan berdasarkan kekosongan dan pengkhususan.

”Sebagai contoh, kalau guru Matematik telah pun penuh, maka kita tidak boleh mengambil cikgu mata pelajaran ini lagi.

”Pada masa ini, kita memerlukan lebih ramai guru Bahasa Inggeris untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah,” katanya.

Continue reading

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.