Arkib untuk Julai, 2008

Muzik semasa mampu menandingi lagu Al-Quran?

Posted in agama with tags on Julai 28, 2008 by ffataah

Siapakah ; Ab Basit Abdussamad?

Mustafa Ismail?

Shahat Anuar?

Yasir Sharqawi?

Misyari Al-Afasi?

Siapakah nama-nama yang tersebut di atas? Demoloni percaya tidak ramai di kalangan kita yang mengenali nama-nama tersebut lebih-lebih lagi para remaja.

Namun jika ditanya, siapakah Michael learn to Rock, Mariah Carey, Kurt Kobain, Britney Spears, Akon, Will Smith, Angelina Jolie, Paris Hilton dan sebagainya, ramai yang kenal dan akan menjawab mereka adalah artis-artis yang ternama dan sedang gah di zaman sekarang dan di zaman-zaman semasa mereka hidup. Di antara mereka merupakan penyanyi-penyanyi yang dikatakan mempunyai suara yang merdu dengan lagu-lagu yang mengasyikkan. Artis-artis ini menjadi idola kepada artis-artis tanahair kita dan menjadi ikutan para remaja sekarang.

Bagaimana pula dengan nama-nama yang disebut di atas tadi? Siapakah mereka? Sungguh hanya pencinta agama sahaja yang mengenali mereka ini lebih-lebih lagi mereka yang menggemari lagu-lagu Al-Quran. Nama-nama tersebut merupakan sebahagian daripada qari-qari yang ternama kerana bacaan Al-Quran mereka yang sangat menarik. Di kalangan mereka ada yang telah meninggal dunia namun dek kerana kelunakan suara mereka melagukan lagu-lagu Al-Quran, kebolehan tersebut sukar dicari ganti.

Sebut sahaja Sheikh Ab Basit Abdussamad, kelunakan suaranya dengan kelebihan nafas yang panjang, mampu membaca dua tiga ayat dengan hanya satu nafas. Tidak kurang juga qari-qari yang lain, dengan alunan lagu-lagu Al-Quran samada Bayati, Rast, Nahwand, Hijaz, Soba’, Sikah dan Jiharkah, kemerduan lagu Al-Quran alunan mereka tidak dapat ditandingi oleh muzik-muzik semasa.

Ternyata, Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad S.A.W. Bahasanya yang indah tidak dapat ditandingi oleh mana-mana muzik yang ada di dunia ini, jauh sekali untuk ditandingi oleh artis-artis barat yang dikatakan menjadi idola para artis kita sekarang. Namun, keindahan bahasa Al-Quran itu hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang berfikir dan cintakan Kalamullah, Al-Quranul Karim.

Kepada saudara-saudara di luar sana, tidak kira siapa pun anda, lebih-lebih lagi yang bergelar artis dengan alasan memperjuangkan seni, percayalah, tidak ada muzik yang betul-betul sempurna dan dapat menandingi Al-Quran. Bukalah minda, hayatilah seindah-indah lagu yang diciptakan khas untuk umat Islam dan bandingkanlah sejauh mana kita dapat berbangga dengan muzik-muzik yang ada sekarang. Mudah-mudahan kita akan lebih terbuka untuk menerima apa yang betul-betul terbaik buat diri kita.

Advertisements

Benarkah umat Islam memperjuangkan Islam?

Posted in Uncategorized on Julai 22, 2008 by ffataah

Demoloni ingin menarik perhatian anda semua kepada tajuk tulisan kali ini. Mungkin anda semua tertanya-tanya apakah yang cuba dimaksudkan oleh demoloni. Pertama, demoloni ingin mengajak anda semua berfikir sejenak dalam konteks dunia sekarang, apakah umat Islam benar-benar memperjuangkan Islam yang sebenarnya. Bukanlah bermaksud untuk meragui usaha-usaha murni dikalangan ulama’, ilmuan dan profesionalis dalam menegakkan Islam pada hari ini?

Namun, sedikit persoalan bermain di fikiran demoloni, kenapa umat Islam yang jumlahnya begitu ramai di muka bumi ini masih lagi menjadi bangsa yang dipandang negatif oleh bangsa lain. Umat Islam yang ada sekarang belum dapat menggambarkan kesucian Islam yang sebenarnya meskipun jumlahnya ramai. Persoalannya, kenapakah perkara ini berlaku?

Kedua, demoloni juga ingin merungkai apakah bangsa lain selain Islam turut memperjuangkan perkara sama samada mereka Kristian mahupun Yahudi dan lain-lain. Dunia yang kini di usia penghabisan memperlihatkan persengketaan di kalangan umat manusia semakin menjadi-jadi. Peperangan tercetus di mana-mana. Pun begitu, di manapun ianya terjadi, puncanya bukanlah masalah agama dalam erti kata yang sebenar. Namun, tidak dinafikan kebanyakannya juga terdorong oleh kesungguhan untuk mempertahankan agama; agama yang satu-satunya diredhai oleh Allah iaitu Islam.

Persengketaan manusia di zaman sekarang yang pastinya banyak berpunca daripada perlumbaan untuk menjadi kuasa besar dunia, persempadanan negara, ekonomi, perebutan hasil bumi atau kepentingan-kepentingan duniawi lainnya. Inilah yang melanda umat Islam sekarang. Dengan sebab yang demikian, perjuangan menjadi begitu “ampuh” kerana niat yang salah tidak akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

Hanya segelintir yang benar-benar ingin mempertahankan agama. Selebihnya bukanlah berjuang untuk mempertahankan agama yang sebenar-benarnya kerana ghairah memperjuangkan agama di waktu sekarang semakin hilang dari dada umat manusia. Yang ada hanyalah sentimen keagamaan yang dibawa-bawa hanya untuk membangkitkan rasa ego dan emosi, bukannya ghairah yang sebenar iaitu ghairah di mana seseorang itu merasa terpanggil untuk melindungi agamanya kerana merasakan agamanya terancam.

Tersimpan di lipatan sejarah di mana umat terdahulu benar-benar memperjuangkan agama mereka. Di zaman Rasulullah menyaksikan Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan berperang dengan Rasulullah bukan kerana merasa ternganggu wilayah perairannya atau terancam ladang-ladangnya tetapi kerana mereka benar-benar berkehendak melenyapkan Muhammad dan para sahabatnya yang dikatakan mengancam kewujudan tuhan mereka iaitu Laata, Uzza, Manaat dan Hubal sehinggakan mereka berperang bermati-matian untuk membela tuhan mereka. Umat Islam lebih-lebih lagi diketahui benar-benar berjuang untuk menegakkan agama Allah di muka bumi dan menghapuskan musuh-musuh yang memerangi Islam dan kekufuran masyarakat Jahiliah.

Suka demoloni ingin memetik penerangan daripada YAB Menteri Besar Kelantan dalam salah satu ucapan beliau. Antara lain beliau menjelaskan perintah Allah kepada Muhammad di dalam Al-Quran supaya nabi Muhammad mengingatkan kepada umat manusia di mana segala-galanya adalah datang daripada Allah. Maka janganlah bertindak kerana manusia, kerana manusia itu mempunyai kepentingannya yang tersendiri samada pangkat, harta, kuasa dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang tidak mempunyai kepentingan. Maka ikutilah perintah Allah demi kesejahteraan dan perlindungan daripada azab nerakanya.

Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh demoloni di atas tadi dapatlah disimpulkan bahawa perjuangan umat Islam sekarang masih lagi belum sempurna dari segi nawaitunya melainkan terdapat kepentingan-kepentingan tertentu oleh sesetengah golongan. Justeru, kelemahan-kelemahan ini perlu diperbaiki bagi memastikan martabat umat Islam sentiasa terpelihara dan menjadi satu entiti bangsa yang memperjuangkan kesejahteraan sejagat.

Konsert Goyang Inul Melanda Malaysia?

Posted in Uncategorized on Julai 19, 2008 by ffataah

Goyang Inul, kini penganjuran konsertnya masih lagi belum dipastikan samada diluluskan ataupun tidak. Apakah kepentingan penganjuran konsert tersebut kepada rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Johor khususnya? Belum cukupkah rakyat Johor dihidangkan dengan hiburan yang pelbagai? Yang pasti, manfaatnya sedikit, pengaruh negatifnya sangat besar.

Ironinya, Goyang Inul di negaranya sendiri, Indonesia, telah diharamkan persembahannya kerana penampilan dan persembahannya yang tidak sopan. Namun, seperti biasa golongan yang kononnya memperjuangkan seni dengan sokongan daripada media tetap mempertahankan supaya persembahan Goyang Inul diteruskan. “Inul seorang artis yang sopan, tidak banyak kerenah dan seorang yang mesra”, begitulah ungkapan yang ditulis oleh wartawan di dada akhbar baru-baru ini.

Perlu diingat, artis tanpa mengira sesiapa pun merupakan ikon yang sentiasa menjadi ikutan masyarakat terutamanya golongan remaja. Perwatakan yang tidak sesuai dan keterlaluan seharusnya tidak ditonjolkan kepada masyarakat di Malaysia.

Adalah tidak tepat Inul yang seksi itu dikatakan artis yang sopan. Adakah goyang Inul yang terkenal dengan goyang gerudi itu dikatakan sopan? Amat tidak tepat. Apakah persembahan yang cuba ditonjolkan atau punggungnya kah, atau dadanya kah atau susuk tubuhnya yang montok yang cuba ditonjolkan? Satu cara yang amat menjelekkan hanya untuk meraih sorakan penonton. Agak pelik dan menyedihkan kerana Malaysia masih menerima seorang artis yang pembawakannya sebegitu rupa.

Justeru golongan yang bertanggungjawab seharusnya berani tampil bagi memperbetulkan keadaan ini. Lupakah kita kepada “bencana alam” yang melanda tidak kira sesiapa.

De Facto DSAI Arrestment

Posted in Uncategorized on Julai 19, 2008 by ffataah

Giving the issue, what happened from the arrestment DSAI have wondering me. They talk about slander, in this scenario, DSAI who get slandered by SB has been arrested. Is said to take his statement. Of course the evidence is not revealing yet.

In another scenario, they said that someone slandered one of the “MT” in the government. Also they called it as a slander, but the statutory of declaration have been made. I wonder, why in this case the person who said had slandered someone was arrested? But in the DSAI arrestment, why himself been arrested not the person who slandered him, SB?

If we follow through the issue, we can see the answer for these questions are, someone have an objective with DSAI arrestment. They told the people that the arrestment is no political objective. Who can say that? Today no one can hide such thing from the people. Now people can easily spot the two different colors. If they don’t care about it, let see how long they can stand. Soon, they will be defeated with their own foolish strategy.

Bangsa Malaysia, Dajjal, “Education?”

Posted in Uncategorized on Julai 17, 2008 by ffataah

Tulisan ini bertujuan untuk mengembalikan pemikiran semua bangsa seantero Malaysia. Ketahuilah bangsa Malaysia kini sedang menuju kehancuran sekiranya satu pelan tindakan yang berkesan diambil mulai sekarang. Sedar atau tidak, ia adalah kejayaan hasil daripada tipu daya Dajjal yang kini belum disedari oleh sesiapa terhadap kemunculannya di dunia.

Berpaksikan dengan alasan dunia telah mengalami pemodenan, segala hukum-hakam, perintah Allah di anggap tidak lagi releven untuk dipraktikkan dalam konteks semasa. Solat lima waktu sudah tidak diperlukan, tidak perlu menahan lapar dan dahaga dengan berpuasa, zina telah menjadi perkara biasa dan mendedahkan aurat itu menjadi kebanggaan kerana dikatakan mengikuti perkembangan fesyen dunia. Itulah sebahagian daripada penyelewengan pemikiran yang telah berjaya diserapkan oleh Dajjal ke dalam pemikiran umat akhir zaman.

Siapakah Dajjal?

Dari hadis A’masy dari Sufyan, dari Huzaifah, ia berkata, Rasullullah bersabda : “Sungguh saya lebih tahu apa yang bersama Dajjal dari dirinya sendiri, bersamanya dua sungai, salah satunya secara kasat mata adalah air bersih dan yang lain api yang berkobar, jika salah satu dari kamu menerimanya, maka hendaklah ia mendatangi yang dilihatnya sebagai api dan menutup matanya, kemudian tundukkan kepalanya selanjutnya minumlah kerana itu adalah air sejuk. Dan Dajjal buta salah satu matanya di atasnya ada selaput mata yang tebal atau kasar dan di antara kedua matanya tertulis ‘kafir’ yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang buta huruf dan yang tidak”.

Ahmad Juraij dalam bukunya “Mengenali Dajjal & Ya’juj Wa Ma’juj” menjelaskan, Dajjal itu bukanlah individu tetapi suatu bangsa. Bangsa tersebut tidak lain dan tidak bukan merupakan satu bangsa yang amat membenci Islam dalam konteks dunia sekarang. Ada hadis yang menyebut bahawa petanda yang paling besar tentang Dajjal ialah kemampuannya membawa syurga dan neraka. Setiap mukmin hendaklah sedar bahawa ciri-ciri keduanya adalah berlawanan daripada apa yang sebenarnya kerana ianya merupakan helah Dajjal semata-mata.

Dalam bukunya, Ahmad Juraij antara lain menjelaskan, syurga dan neraka Dajjal dalam erti kata sebenar ialah, siapa sahaja mengikuti Dajjal, dia akan hidup mewah, dan siapa sahaja menentangnya akan mendapat kesusahan.

Di antara dua mata Dajjal itu tertulis perkataan ‘kafir’. Setiap mukmin pastinya akan dapat membaca segala kemungkaran yang dibawa oleh Dajjal itu adalah ciri-ciri kekufuran meskipun dia adalah seorang yang buta huruf. Manakala, bukan mukmin termasuk muslim tidak akan dapat membaca tanda ini sebaliknya menganggap kesenangan yang diperoleh itu tiada kaitan dengan kemunculan Dajjal. Dajjal itu buta salah satu matanya, tidak lain dan tidak bukan merupakan perumpamaan bagi bangsa Dajjal yang hanya mengejar dunia semata-mata.

Dalam konteks Bangsa Malaysia yang telah terpengaruh dengan Bangsa Dajjal, ayuh bangkit dan kembali kepada tujuan kita sebenar. Amat menyedihkan kerana golongan yang telah terpesong ini terdiri daripada golongan muda dimana kebanyakannya terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Namun masyarakat tidak boleh menuding jari dengan meletakkan kesalahan di bahu golongan muda secara total. Satu kepincangan besar yang berlaku adalah sistem pendidikan negara yang mengutamakan pengentahuan akademik sedangkan fardu ain pengajian agama secara terperinci adalah wajib. Amat malang kerana rata-ratanya tidak didedahkan dengan pengentahuan agama sejak kecil. Inilah akibatnya apabila sistem yang ada amat mengagungkan konsep yang dibawa oleh bangsa Dajjal.

Justeru, sebagai satu langkah yang praktikal perlu diambil adalah melakukan perubahan drastik dalam sistem pendidikan. Sistem yang disesuaikan dengan konsep bangsa Malaysia diharap dapat memanfaatkan semua pihak. Proses ini merupakan satu proses jangka panjang bagi membentuk generasi akan datang dan satu program pemulihan yang perlu kepada bangsa Malaysia yang masih ada dalam usaha menangkis fitnah Dajjal.

Artikel ini juga didapati di http://demoloni.blogs.friendster.com/demoloni/