Bangsa Malaysia, Dajjal, “Education?”

Tulisan ini bertujuan untuk mengembalikan pemikiran semua bangsa seantero Malaysia. Ketahuilah bangsa Malaysia kini sedang menuju kehancuran sekiranya satu pelan tindakan yang berkesan diambil mulai sekarang. Sedar atau tidak, ia adalah kejayaan hasil daripada tipu daya Dajjal yang kini belum disedari oleh sesiapa terhadap kemunculannya di dunia.

Berpaksikan dengan alasan dunia telah mengalami pemodenan, segala hukum-hakam, perintah Allah di anggap tidak lagi releven untuk dipraktikkan dalam konteks semasa. Solat lima waktu sudah tidak diperlukan, tidak perlu menahan lapar dan dahaga dengan berpuasa, zina telah menjadi perkara biasa dan mendedahkan aurat itu menjadi kebanggaan kerana dikatakan mengikuti perkembangan fesyen dunia. Itulah sebahagian daripada penyelewengan pemikiran yang telah berjaya diserapkan oleh Dajjal ke dalam pemikiran umat akhir zaman.

Siapakah Dajjal?

Dari hadis A’masy dari Sufyan, dari Huzaifah, ia berkata, Rasullullah bersabda : “Sungguh saya lebih tahu apa yang bersama Dajjal dari dirinya sendiri, bersamanya dua sungai, salah satunya secara kasat mata adalah air bersih dan yang lain api yang berkobar, jika salah satu dari kamu menerimanya, maka hendaklah ia mendatangi yang dilihatnya sebagai api dan menutup matanya, kemudian tundukkan kepalanya selanjutnya minumlah kerana itu adalah air sejuk. Dan Dajjal buta salah satu matanya di atasnya ada selaput mata yang tebal atau kasar dan di antara kedua matanya tertulis ‘kafir’ yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang buta huruf dan yang tidak”.

Ahmad Juraij dalam bukunya “Mengenali Dajjal & Ya’juj Wa Ma’juj” menjelaskan, Dajjal itu bukanlah individu tetapi suatu bangsa. Bangsa tersebut tidak lain dan tidak bukan merupakan satu bangsa yang amat membenci Islam dalam konteks dunia sekarang. Ada hadis yang menyebut bahawa petanda yang paling besar tentang Dajjal ialah kemampuannya membawa syurga dan neraka. Setiap mukmin hendaklah sedar bahawa ciri-ciri keduanya adalah berlawanan daripada apa yang sebenarnya kerana ianya merupakan helah Dajjal semata-mata.

Dalam bukunya, Ahmad Juraij antara lain menjelaskan, syurga dan neraka Dajjal dalam erti kata sebenar ialah, siapa sahaja mengikuti Dajjal, dia akan hidup mewah, dan siapa sahaja menentangnya akan mendapat kesusahan.

Di antara dua mata Dajjal itu tertulis perkataan ‘kafir’. Setiap mukmin pastinya akan dapat membaca segala kemungkaran yang dibawa oleh Dajjal itu adalah ciri-ciri kekufuran meskipun dia adalah seorang yang buta huruf. Manakala, bukan mukmin termasuk muslim tidak akan dapat membaca tanda ini sebaliknya menganggap kesenangan yang diperoleh itu tiada kaitan dengan kemunculan Dajjal. Dajjal itu buta salah satu matanya, tidak lain dan tidak bukan merupakan perumpamaan bagi bangsa Dajjal yang hanya mengejar dunia semata-mata.

Dalam konteks Bangsa Malaysia yang telah terpengaruh dengan Bangsa Dajjal, ayuh bangkit dan kembali kepada tujuan kita sebenar. Amat menyedihkan kerana golongan yang telah terpesong ini terdiri daripada golongan muda dimana kebanyakannya terlibat dengan kegiatan yang tidak bermoral.

Namun masyarakat tidak boleh menuding jari dengan meletakkan kesalahan di bahu golongan muda secara total. Satu kepincangan besar yang berlaku adalah sistem pendidikan negara yang mengutamakan pengentahuan akademik sedangkan fardu ain pengajian agama secara terperinci adalah wajib. Amat malang kerana rata-ratanya tidak didedahkan dengan pengentahuan agama sejak kecil. Inilah akibatnya apabila sistem yang ada amat mengagungkan konsep yang dibawa oleh bangsa Dajjal.

Justeru, sebagai satu langkah yang praktikal perlu diambil adalah melakukan perubahan drastik dalam sistem pendidikan. Sistem yang disesuaikan dengan konsep bangsa Malaysia diharap dapat memanfaatkan semua pihak. Proses ini merupakan satu proses jangka panjang bagi membentuk generasi akan datang dan satu program pemulihan yang perlu kepada bangsa Malaysia yang masih ada dalam usaha menangkis fitnah Dajjal.

Artikel ini juga didapati di http://demoloni.blogs.friendster.com/demoloni/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: