Benarkah umat Islam memperjuangkan Islam?

Demoloni ingin menarik perhatian anda semua kepada tajuk tulisan kali ini. Mungkin anda semua tertanya-tanya apakah yang cuba dimaksudkan oleh demoloni. Pertama, demoloni ingin mengajak anda semua berfikir sejenak dalam konteks dunia sekarang, apakah umat Islam benar-benar memperjuangkan Islam yang sebenarnya. Bukanlah bermaksud untuk meragui usaha-usaha murni dikalangan ulama’, ilmuan dan profesionalis dalam menegakkan Islam pada hari ini?

Namun, sedikit persoalan bermain di fikiran demoloni, kenapa umat Islam yang jumlahnya begitu ramai di muka bumi ini masih lagi menjadi bangsa yang dipandang negatif oleh bangsa lain. Umat Islam yang ada sekarang belum dapat menggambarkan kesucian Islam yang sebenarnya meskipun jumlahnya ramai. Persoalannya, kenapakah perkara ini berlaku?

Kedua, demoloni juga ingin merungkai apakah bangsa lain selain Islam turut memperjuangkan perkara sama samada mereka Kristian mahupun Yahudi dan lain-lain. Dunia yang kini di usia penghabisan memperlihatkan persengketaan di kalangan umat manusia semakin menjadi-jadi. Peperangan tercetus di mana-mana. Pun begitu, di manapun ianya terjadi, puncanya bukanlah masalah agama dalam erti kata yang sebenar. Namun, tidak dinafikan kebanyakannya juga terdorong oleh kesungguhan untuk mempertahankan agama; agama yang satu-satunya diredhai oleh Allah iaitu Islam.

Persengketaan manusia di zaman sekarang yang pastinya banyak berpunca daripada perlumbaan untuk menjadi kuasa besar dunia, persempadanan negara, ekonomi, perebutan hasil bumi atau kepentingan-kepentingan duniawi lainnya. Inilah yang melanda umat Islam sekarang. Dengan sebab yang demikian, perjuangan menjadi begitu “ampuh” kerana niat yang salah tidak akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T.

Hanya segelintir yang benar-benar ingin mempertahankan agama. Selebihnya bukanlah berjuang untuk mempertahankan agama yang sebenar-benarnya kerana ghairah memperjuangkan agama di waktu sekarang semakin hilang dari dada umat manusia. Yang ada hanyalah sentimen keagamaan yang dibawa-bawa hanya untuk membangkitkan rasa ego dan emosi, bukannya ghairah yang sebenar iaitu ghairah di mana seseorang itu merasa terpanggil untuk melindungi agamanya kerana merasakan agamanya terancam.

Tersimpan di lipatan sejarah di mana umat terdahulu benar-benar memperjuangkan agama mereka. Di zaman Rasulullah menyaksikan Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan berperang dengan Rasulullah bukan kerana merasa ternganggu wilayah perairannya atau terancam ladang-ladangnya tetapi kerana mereka benar-benar berkehendak melenyapkan Muhammad dan para sahabatnya yang dikatakan mengancam kewujudan tuhan mereka iaitu Laata, Uzza, Manaat dan Hubal sehinggakan mereka berperang bermati-matian untuk membela tuhan mereka. Umat Islam lebih-lebih lagi diketahui benar-benar berjuang untuk menegakkan agama Allah di muka bumi dan menghapuskan musuh-musuh yang memerangi Islam dan kekufuran masyarakat Jahiliah.

Suka demoloni ingin memetik penerangan daripada YAB Menteri Besar Kelantan dalam salah satu ucapan beliau. Antara lain beliau menjelaskan perintah Allah kepada Muhammad di dalam Al-Quran supaya nabi Muhammad mengingatkan kepada umat manusia di mana segala-galanya adalah datang daripada Allah. Maka janganlah bertindak kerana manusia, kerana manusia itu mempunyai kepentingannya yang tersendiri samada pangkat, harta, kuasa dan sebagainya. Hanya Allah sahaja yang tidak mempunyai kepentingan. Maka ikutilah perintah Allah demi kesejahteraan dan perlindungan daripada azab nerakanya.

Bagi menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh demoloni di atas tadi dapatlah disimpulkan bahawa perjuangan umat Islam sekarang masih lagi belum sempurna dari segi nawaitunya melainkan terdapat kepentingan-kepentingan tertentu oleh sesetengah golongan. Justeru, kelemahan-kelemahan ini perlu diperbaiki bagi memastikan martabat umat Islam sentiasa terpelihara dan menjadi satu entiti bangsa yang memperjuangkan kesejahteraan sejagat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: