Muzik semasa mampu menandingi lagu Al-Quran?

Siapakah ; Ab Basit Abdussamad?

Mustafa Ismail?

Shahat Anuar?

Yasir Sharqawi?

Misyari Al-Afasi?

Siapakah nama-nama yang tersebut di atas? Demoloni percaya tidak ramai di kalangan kita yang mengenali nama-nama tersebut lebih-lebih lagi para remaja.

Namun jika ditanya, siapakah Michael learn to Rock, Mariah Carey, Kurt Kobain, Britney Spears, Akon, Will Smith, Angelina Jolie, Paris Hilton dan sebagainya, ramai yang kenal dan akan menjawab mereka adalah artis-artis yang ternama dan sedang gah di zaman sekarang dan di zaman-zaman semasa mereka hidup. Di antara mereka merupakan penyanyi-penyanyi yang dikatakan mempunyai suara yang merdu dengan lagu-lagu yang mengasyikkan. Artis-artis ini menjadi idola kepada artis-artis tanahair kita dan menjadi ikutan para remaja sekarang.

Bagaimana pula dengan nama-nama yang disebut di atas tadi? Siapakah mereka? Sungguh hanya pencinta agama sahaja yang mengenali mereka ini lebih-lebih lagi mereka yang menggemari lagu-lagu Al-Quran. Nama-nama tersebut merupakan sebahagian daripada qari-qari yang ternama kerana bacaan Al-Quran mereka yang sangat menarik. Di kalangan mereka ada yang telah meninggal dunia namun dek kerana kelunakan suara mereka melagukan lagu-lagu Al-Quran, kebolehan tersebut sukar dicari ganti.

Sebut sahaja Sheikh Ab Basit Abdussamad, kelunakan suaranya dengan kelebihan nafas yang panjang, mampu membaca dua tiga ayat dengan hanya satu nafas. Tidak kurang juga qari-qari yang lain, dengan alunan lagu-lagu Al-Quran samada Bayati, Rast, Nahwand, Hijaz, Soba’, Sikah dan Jiharkah, kemerduan lagu Al-Quran alunan mereka tidak dapat ditandingi oleh muzik-muzik semasa.

Ternyata, Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang diturunkan oleh Allah kepada nabi Muhammad S.A.W. Bahasanya yang indah tidak dapat ditandingi oleh mana-mana muzik yang ada di dunia ini, jauh sekali untuk ditandingi oleh artis-artis barat yang dikatakan menjadi idola para artis kita sekarang. Namun, keindahan bahasa Al-Quran itu hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang berfikir dan cintakan Kalamullah, Al-Quranul Karim.

Kepada saudara-saudara di luar sana, tidak kira siapa pun anda, lebih-lebih lagi yang bergelar artis dengan alasan memperjuangkan seni, percayalah, tidak ada muzik yang betul-betul sempurna dan dapat menandingi Al-Quran. Bukalah minda, hayatilah seindah-indah lagu yang diciptakan khas untuk umat Islam dan bandingkanlah sejauh mana kita dapat berbangga dengan muzik-muzik yang ada sekarang. Mudah-mudahan kita akan lebih terbuka untuk menerima apa yang betul-betul terbaik buat diri kita.

2 Respons to “Muzik semasa mampu menandingi lagu Al-Quran?”

  1. nourhayati Says:

    salam tah, maaf k.ti x tahu pun tah ada blog. bagussssssssssssss. muga ceria sokmo

  2. assalmualaikum ….
    saya sangat ingin mengenali “ahmad juraij” tapi sampai sekarang saya belum menjumpai profile beliau… sudilah kiranya tuan dapat berkongsi profile beliau jika ada. ni email saya diosatriani@yahoo.com terima kasih

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: