Arkib untuk Ogos, 2008

10 Sebab Mengapa Doa Tertolak Menurut Ibrahim Adham

Posted in agama with tags on Ogos 24, 2008 by ffataah

1. Kamu mengaku mangenal allah,tetapi hak-haknya tidak kamu  penuhi.Hak allah ialah disembah. Menyembah allah bererti mentaati seluruh perintahnya serta meninggalkan segala larangannya

2. Kamu membaca al-quran,tetapi isinya kamu tidak amalkan.

3. Kamu mengaku mencintai Rasulullah ,tetapi sunnahnya kamu tidak amalkan.

4. Kamu mengaku syaitan itu musuhmu,tetapi kamu bersahabat denganya.

5. Kamu berdoa untuk menjauhi azab neraka,tetapi kamu lemparkan dirimu ke dalamnya dengan selalu membuat dosa.

6. Kamu selalu berdoa untuk masuk syurga,tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7. Kamu katakana bahawa kematian itu pasti datang,tetapi kamu tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.

8. Kamu sibuk memperkatakan aib saudaramu,tetapi kamu lupa melihat aibmu sendiri.

9. Kamu makan nikmat tuhanmu,tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya.

10. Kamu kebumikan orang-orang yang meninggal dunia,tetapi kamu tidak mengambil pengajaran (keinsafan) daripadanya.

Politik Siber

Posted in semasa with tags on Ogos 24, 2008 by ffataah

Perkembangan teknologi hari ini menyaksikan satu fenomena baru di atas talian. Masyarakat menjadikan internet sebagai medium alternatif bagi meluahkan pendapat, menyuarakan ketidakpuashatian hatta melemparkan bantahan keatas mana-mana sistem yang menyalahi dan tidak selari dengan pemikiran mereka. Dek kerana kekangan kebebasan bersuara serta liputan media yang ada yang tidak menyeluruh, kini masyarakat beralih kepada media internet sebagai jalan yang paling mudah bagi mendapatkan maklumat-maklumat semasa serta lebih telus dan menyeluruh. Kelebihannya adalah disamping mendapatkan berita-berita terkini mereka juga boleh memberikan reaksi dengan memberikan pendapat masing-masing. Maka lahirlah fenomena mencipta blog peribadi. Menerusi saluran ini bukan sahaja para blogger dapat mendedahkan tulisan-tulisan yang biasa malah merangkumi semua aspek termasuk hiburan, isu semasa, dan yang paling popular adalah politik. Ini kerana politik berkait rapat dengan kekangan kebebasan bersuara dan saluran alternatif;internet. Menerusi blog sesiapa sahaja layak berpolitik daripada umur baru lahir sehingga akhir hayat. Sesiapa sahaja tanpa perlu menjadi calon dapat berkempen bagi menundukkan pihak lawan dan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tahun. Dan yang pasti impaknya tidak kurang hebat dengan politik yang dimainkan dikalangan ahli-ahlinya.

Daripada pemerhatian ini suka saya menggunakan istilah ‘politik siber’ sebagai satu istilah yang tepat dan fenomena ini telah berkembang dengan cepat di negara kita. Kewujudan blog-blog berunsur politik kian bertambah dari hari ke sehari bagaikan cendawan selepas hujan. Maka bertambahlah para YB siber negara. Perkembangan yang positif ini layak diberi perhatian selaras dengan perkembangan senario semasa.

Tak perlu berdemonstrasi membantah kenyataan Khalid Ibrahim

Posted in semasa, Uncategorized with tags on Ogos 17, 2008 by ffataah

 

Saya terpanggil untuk menulis kali ini berkenaan isu yang timbul baru-baru ini di mana Menteri besar Selangor telah membuat kenyataan supaya kuota 10% pelajar UiTM dibuka kepada bukan bumiputra. Majoriti pelajar UiTM tidak bersetuju dengan kenyataan beliau itu kerana menyifatkan ianya hak istimewa orang Melayu. Ekoran daripada itu, pelajar-pelajar UiTM telah berdemonstrasi bagi membantah kenyataan beliau. Daripada laporan media yang saya ikuti, kebanyakannya dengan penuh bersemangat membuat bantahan dengan bermacam-macam slogan. Tanpa disedari bantahan mereka itu saya boleh sifatkan penuh dengan unsur-unsur perkauman. Mereka telah memperbesarkan isu yang sensitif yang telah lama dipersoalkan oleh kaum lain di Negara ini iaitu hak istimewa orang Melayu. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana reaksi kaum lain dengan tindakan para pelajar UiTM ini. Bagi saya pelajar UiTM tidak perlu berdemonstrasi secara besar-besaran bagi membantah Khalid Ibrahim kalaupun beliau telah mempersoalkan hak istimewa orang Melayu. Pertama, kenyataan beliau itu saya fikir merupakan kenyataan peribadi beliau dan belum menjadi satu keputusan yang mutlak. Kedua, kalaupun ianya satu keputusan bagi kerajaan Selangor, yang pastinya kerajaan Selangor tidak ada kuasa untuk mengubahnya kerana tampuk pemerintahan Negara bukanlah dipegang oleh Kerajaan Selangor. Ketiga, faktor Khalid Ibrahim membuat kenyataan itu bukanlah bertujuan untuk merombak hak istimewa orang Melayu sebaliknya untuk menambah daya saing UiTM bagi melahirkan pelajar-pelajar yang lebih berkualiti. Keempat, supaya isu-isu sensitif tidak dibangkitkan dan diperbesarkan dengan demonstrasi jalanan bagi menjaga sensitiviti rakyat selaras dengan tema kemerdekaan tahun ini – PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.

Kerajaan yang Dayus?

Posted in semasa with tags on Ogos 14, 2008 by ffataah

a) Kerajaan yang membiarkan kemungkaran berleluasa

b) Kerajaan yang membenarkan iklan yang menghina wanita dengan pendedahan aurat semata-mata untuk meraih keuntungan

c) Kerajaan yang terus-menerus mengamalkan rasuah

d) Kerajaan yang berdiam diri apabila ada tindakan yang cuba memperkotak-katikkan islam

e) Kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh membanteras kegiatan rakyatnya yang bertentangan agama(pelacuran,penukaran jantina, pergaulan bebas,mendedah aurat)

f) Pemimpinnya tidak menjaga para isteri supaya menutup aurat

g) Golongan yang berpangkat lebih bawah takut untuk bercanggah pendapat dengan pemimpinnya walaupun hakikatnya dia betul

h) Kerajaan yang tidak menjaga kebajikan rakyatnya hingga ke akar umbi

i) Pemimpinnya membolot segala kekayaan negara untuk kepuasan sendiri