Arkib untuk September, 2008

Anwar Vs Najib Vs Pak Lah

Posted in politik with tags , on September 30, 2008 by ffataah

Sumber : Malaysiakini baca ringkasan>>

Advertisements

Qari Muda Julang Nama Malaysia

Posted in agama with tags on September 22, 2008 by ffataah

Muhammad Ahmad Zahid (gambar) mengharumkan nama Malaysia apabila menjuarai kategori bacaan terbaik pada majlis Anugerah al-Quran Antarabangsa Dubai (Dihqa) ke-12 yang berakhir di sini kelmarin.

Lebih membanggakan, hafiz berusia 13 tahun itu juga diberi penghormatan memperdengarkan bacaan al-Quran pada majlis penyampaian hadiah oleh Putera Mahkota Dubai, Sheikh Hamdan Mohammad Rashid Al Maktoum.

Berbaju Melayu dan bersongkok, Muhammad, dari Sekolah Darul Hikmah, Ampang, Selangor yang juga salah seorang pelajar rancangan ‘Mari Bertarannum’ terbitan TV9, gembira serta tidak putus-putus tersenyum menerima tahniah daripada pegawai kerajaan, peserta dan hadirin yang membanjiri Pusat Persatuan Kebudayaan dan Sains, Al Mamzar.

Program Ihya’ Ramadhan Belia Bersama Masyarakat

Posted in Aktiviti on September 21, 2008 by ffataah

“Program Ihya’ Ramadhan Belia Bersama Masyarakat”, program anjuran Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri Kelantan yang julung-julung kalinya diadakan bertempat di masjid Kg Jejawi, Pasir Mas telah berjaya diadakan pada 18 September 2008 yang lalu. Program yang diadakan selama dua hari satu malam itu telah berjaya menghidupkan Ramadhan dengan beberapa aktiviti yang telah disusun. YB Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, En Abdul Fattah Mahmood hadir bersama-sama penduduk setempat seterusnya merasmikan program tersebut. Seramai 40 orang belia daripada Kota Bharu dari pelbagai latar belakang telah menyertai program ini untuk bersama-sama masyarakat setempat bagi menjayakannya.

Program telah bermula dengan solat asar berjemaah yang telah diimamkan oleh En Abdul Aziz Yunus, Pengarah Urusetia Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan. Seterusnya, majlis tadarus Al-quran diadakan yang telah disampaikan oleh ustaz Hafiz Musa, pegawai Jabatan Agama Islam Pasir Mas. YB Exco seterusnya menyampaikan sedikit ucapan beliau sebelum merasmikan program seterusnya berbuka puasa bersama-sama penduduk setempat. Pada sebelah malamnya peserta-peserta menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid tersebut. Mereka telah bermalam disana sebelum sekali lagi bersama-sama penduduk setempat mengadakan qiamullail bermula jam 3.30 pagi. YB Ustaz Muhamad Awang, ADUN Gual Periuk telah diundang khas bagi menjayakan qiamullail tersebut. Setelah menikmati juadah sahur, beliau turut mengimamkan solat subuh di sana.

Program diteruskan pada sebelah pagi dengan aktiviti ramah mesra bersama penduduk setempat. Peserta telah dibawa ke beberapa buah rumah warga emas terpilih sebagai aktiviti menziarahi mereka. Mereka turut menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada warga emas tersebut.

Mari Bertarannum

Posted in agama on September 15, 2008 by ffataah

Dikendalikan oleh Ustaz Nik Azizan Jaafar, berasal dari Pasir Mas, Kelantan – B.A Hons Syariah (Fiqh Usul ) Universiti Yarmouk JORDAN – Diploma Tarannum Wal Qiraat Maktab Perguruan Islam Bangi – Pensyarah Sambilan Bidang Tarannum dan Hafazan Akademi Islam Universiti malaya, rancangan Mari Bertarannum terbitan TV9 berjaya menarik ramai minat penonton yang ingin mendalami ilmu Al-Quran.

Bersama adik Rasyid, Thaqif, Mohamad, Afif, Huda, Umi dan Amalina, rancangan ini berjaya menghidupkan suasana pembelajaran yang menarik dan pastinya memberikan ilmu tarannum yang berguna kepada penonton.

Rancangan Mari Bertarannum sesuai ditonton oleh semua peringkat umur. Sesuai sebagai satu pembelajaran yang tidak formal tapi berkesan. Kepada yang tidak berkesempatan menonton rancangan yang disiarkan pada Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang boleh juga menonton rakaman Mari Bertarannum dengan melayari laman web TV9.

Sekitar Perarakan Kemerdekaan 2008

Posted in Aktiviti with tags on September 1, 2008 by ffataah