Arkib untuk November, 2008

Fatwa Pengharaman Yoga Dipertikai : Salah Siapa?

Posted in agama, semasa, umum with tags on November 26, 2008 by ffataah

Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan fatwa pengharaman Yoga, namun ramai yang terus mempertikaikan keputusan tersebut baik daripada individu mahupun pertubuhan malahan di peringkat negeri. Negeri Selangor contohnya masih menangguhkan keputusan Majlis Fatwa tersebut dengan alasan-alasannya. Sister In Islam pula dengan lantang mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut dengan alasan senaman Yoga tidak menjejaskan aqidah umat Islam.

Salah Siapa apabila keputusan tertinggi bagi umat Islam di negara ini terus dipertikai?

Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan dan akidah umat Islam. Kita sebagai umat Islam yang jahil tentang hukum-hakam ini usah mempertikaikan keputusan tersebut. Kita perlu mendengar serta berfikir secara rasional dan berdasarkan syariat, bukan hanya menggunakan logik akal semata-mata.

Biarpun tujuan senaman Yoga adalah untuk kesihatan, namun dibimbangi ianya akan memesongkan akidah umat Islam kerana terdapat unsur-unsur yang berkait rapat dengan ajaran Hindu. Adakah kita terlalu ketandusan idea dengan memilih ajaran daripada agama lain dengan alasan untuk menjaga kesihatan.

Bukankah Islam sendiri telah mengajar kita satu bentuk senaman yang cukup sempurna iaitu sembahyang lima waktu. Apa yang kita perlu buat adalah menjaga sembahyang yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T. sebanyak lima waktu sehari semalam. tidak sedarkah kita bahawa alim ulamak yang sentiasa menjaga sembahyang mereka jarang mengalami masalah kesihatan. mereka ini tidurnya sedikit kerana sentiasa melakukan amalan-amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah termasuk sembahyang di waktu sepertiga malam. ternyata kebanyakannya sihat walafiat kerana sembahyang itu salah satu bentuk senaman selain merupakan ibadat yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. Semalas-umat Islam yang menjaga solat wajib lima waktu tanpa melakukan solat sunat sahaja akan melakukan 17 kali ruku’, 34 kali sujud dan 10 kali salam sehari semalam. Bukankah ianya satu senaman yang menyihatkan? Tidak perlu kita terlampau taksub untuk melakukan senaman Yoga melainkan sikap kita sendiri yang tidak menjaga solat lima waktu, dan adakah solat yang dikerjakan itu betul-betul sempurna?

Teruskan membaca

Advertisements

Namewee Cetus Kontroversi Baru

Posted in semasa, umum with tags on November 25, 2008 by ffataah

Wee Meng Chee yang lebih dikenali sebagai ‘Namewee’, yang mencetuskan kontroversi melalui video rapnya yang mempersendakan lagu Negaraku tahun lalu, kini berdepan dengan kontroversi baru.

Kali ini, pemuda berusia 25 tahun itu, menerima seorang peguam dari sekolah lamanya – sekolah Tinggi Chong Hwa di Muar.

Ini ekoran klip video muzik terbarunya yang bertajuk ‘Teacher Hew’s Time’ telah memapar nama, kelas dan halaman sekolah  tersebut.Surat tersebut telah diserahkan kepada Wee di rumahnya di Muar semalam.

Klip video tersebut telah dimuat-naik ke dalam Youtube serta di dalam blog Wee beberapa minggu yang lalu.

Klip video itu menunjukkan seorang guru sekolah mengajar bahasa Inggeris di kelas, dengan menggunakan perkataan yang tidak senonoh. Klip itu turut memaparkan beberapa aksi menggiurkan.

Bahagian pertama video itu sepanjang empat minit dan 54 saat, bahagian kedua empat minit 47 saat dan bahagian ketiga selama tiga minit dan tiga saat.

Wee telah menunjukkan nama sekolah tersebut dalam bahagian ketiga klipnya.

Sekolah tersebut mengkritik Wee kerana menggunakan nama dan halaman sekolah tersebut dalam videonya, tanpa kebenaran.

Ini, kata pihak sekolah, telah mencemar imej dan reputasinya. Wee pertahan videonya Wee bagaimanapun mempertahankan video itu dalam blognya.

Teruskan membaca

Harga Minyak Sepatutnya RM1.52!

Posted in semasa, umum with tags on November 24, 2008 by ffataah

Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.

“Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,”kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.

“Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,”dakwanya.

Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.

Sumber : harakahdaily

Michael Jackson Buktikan Agama Islam Benar – Nik Aziz

Posted in semasa, umum with tags on November 24, 2008 by ffataah

KOTA BHARU, 23 Nov (Hrkh) – Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.

“Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Ke-83 di sebuah hotel di sini semalam.

Beliau diminta mengulas keputusan penyanyi terkenal berkenaan memeluk agama Islam sebagaimana dilaporkan media semalam.

Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan nama malaikat pemberi rezeki.

Teruskan membaca

Michael Jackson Peluk Islam

Posted in agama, semasa, umum on November 23, 2008 by ffataah

Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson, memeluk Islam dan menukar namanya kepada Mikaeel, nama malaikat yang memberi rezeki.

Superstar muflis berusia 50 tahun itu dilaporkan memakai jubah dan kopiah ketika mengucap dua kalimah syahadah di hadapan seorang imam dalam satu majlis di sebuah rumah rakannya di sini.

Akhbar The Sun dalam laporannya semalam mendedahkan majlis itu diadakan beberapa hari sebelum Jackson atau ‘Jacko’ dihadapkan ke Mahkamah Tinggi London, selepas disaman oleh seorang putera Arab.

Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru.

Rakannya, David Wharnsby – seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

“Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu,” kata sumber yang dipetik akhbar itu.
Jacko yang merakamkan lagu terkenal seperti The Way You Make Me Feel, bagaimanapun menolak nama alternatif, Mustafa – bermaksud orang yang terpilih.

Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

Jacko, yang jarang keluar rumah tanpa memakai topeng, dijangka memberi keterangan Isnin ini dalam tuntutan saman berjumlah £4.7 juta (RM25.3 juta) oleh Putera Abdulla Al-Khalif dari Bahrain. – Agensi

KG Jejawi: Program Berkhatan Perdana

Posted in Aktiviti, pas, umum on November 23, 2008 by ffataah

Program berkhatan beramai-ramai kini menjadi program tahunan bagi penduduk setempat.Baru-baru ini Dewan Pemuda Pas Rantau Panjang dengan kerjasama MTD DUN Meranti telah menganjurkan program berkhatan secara beramai-ramai di DUN Meranti. Buat julung-julung kalinya kg Jejawi terpilih sebagai tempat bagi acara tersebut pada tahun ini. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Nasarudin Daud yang juga merupakan ADUN Meranti. Dalam ucapan perasmiannya, beliau mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dapat mengadakan program tersebut dan berterima kasih kepada para ibubapa yang mendaftarkan anak-anak mereka seterusnya menjayakan program tersebut.

Seramai 95 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program tersebut yang merupakan pelajar-pelajar yang berumur di antara 8 hingga 12 tahun dari seluruh kawasan DUN Meranti. Seramai 10 orang doktor dengan 10 orang pembantu didatangkan khas bagi menyumbang khidmat mereka dalam menjayakan program tersebut.

Penduduk setempat menyambut baik program yang julung-julung kali diadakan di kawasan ini dan berharap program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Disamping dapat mengurangkan beban ibubapa bagi membiayai kos berkhatan, ia juga dapat memupuk kerjasama di kalangan penduduk kampung kerana segala persiapan yang berkaitan diadakan secara bergotong-royong.

Kami Memang Bekas Anggota Al-Arqam…

Posted in semasa, umum with tags on November 18, 2008 by ffataah

Penerbit video ‘Sajak Kematian’ yang memuatkan aksi mayat menerima azab kubur, yang menjadi kontroversi selepas ditayangkan kepada murid sekolah rendah, mengakui syarikat itu diusahakan oleh bekas pengikut al-Arqam yang telah diharamkan.

Bagaimanapun, pegawai perhubungan awam syarikat itu Mawaddah Publication, Alifi Alias berkata: “Al-Arqam sudah mati dan berkubur”.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas penasihat undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed kelmarin yang dilaporkan mendakwa ‘Sajak Kematian’ diterbitkan syarikat yang diusahakan bekas pengikut kumpulan tersebut.

Kerajaan mengharamkan Al-Arqam sepuluh tahun lalu berikutan atas dakwaan kegiatan dan ajaran sesatnya menggugat ketenteraman negara.

Alifi juga menafikan dakwaan Zabidi bahawa pengeluaran VCD selama 15 minit itu, bertujuan untuk menyebarkan propaganda ajaran al-Arqam.

“Datanglah (ke tempat kami) dan lihat sendiri,” kata Alifi. Syarikat itu beroperasi di Rawang, Selangor.

Alifi tidak menganggap komen-komen negatif terhadap VCD keluararan anak syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) itu sebagai sebuah serangan.

Sebaliknya, tambah beliau, ia  telah memberikan promosi percuma kepada mereka.

Ada lamanweb

Malaysiakini  kelmarin melaporkan video ‘Sajak Kematian’ mendapat sambutan hangat, selepas sebuah syarikat televisyen swasta menyiarkan komen bantahan ibubapa terhadap penyiarannya di sekolah.

Syarikat pengeluarnya mendakwa, sejak diterbitkan pada tahun 2000, VCD tersebut diulang rakam hampir setiap tahun. Setiap ulang rakam melibatkan lebih 1,000 keping VCD.

GISB sebagai sebuah syarikat didakwa turut memfokuskan usaha memenuhi tuntututan fardu ain dan fardu kifayah umat Islam dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan alternatif.

“Banyak orang bercakap soalan ekonomi umat Islam, tetapi satu pasar mini pun mereka tidak ada,” kata Alifi.

Menurut laman web rasmi syarikat berkenaan Ikhwan Today (http://www.ikhwantoday.com), GISB diterajui Ashaari Mohamad sebagai pengerusi eksekutif.

GISB turut didakwa merangka dan melaksanakan pelbagai projek, tidak hanya tertumpu kepada aktiviti ekonomi, bahkan projek lain yang membawa keuntungan kepada umat Islam.

Projek-projek itu termasuklah program politik, tugas khas dan strategi; pentadbiran dan pelaksanaan; pendidikan dan pelajaran; dakwah dan motivasi; serta hal ehwal masyarakat dan ekonomi.

5,000 kakitangan

Selain itu, menurut lamanweb itu lagi, GISB turut memfokuskan kepada program kewangan, kebajikan, kesihatan, kebudayaan, pertanian, teknologi dan ternakan serta pelancongan.

Semua projek ini digerakkan dalam enam zon perniagaan – Utara, zon tengah, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur.

Dengan bilangan pengarah dan pengurus seramai 300 orang di pelbagai peringkat serta 5,000 pekerja, syarikat ini mempunyai 700 premis perniagaan di semua bidang yang disenaraikan tersebut.

Mawaddah Publication merupakan salah sebuah daripada syarikat berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa klip video ‘Sajak Kematian’ itu telah ditayangkan di sekolah, yang antara lain, memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.

Tayangan klip video tersebut di sekolah telah menimbulkan bantahan beberapa pihak termasuk ibubapa dan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Kementerian Pelajaran juga dilaporkan akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video itu di sekolah-sekolah.

Sumber : Malaysiakini