Ceramah RM8,000 Sejam, Angkasawan Dipanggil Beri Penjelasan

Jika terbukti dakwaan itu benar, angkasawan Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha akan dikenakan penalti jika melanggari kontrak dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Demikian kenyataan Menterinya, Dato’ Dr. Maximus Ongkili sewaktu mengulas laporan tersebut di salah sebuah akhbar Ahad lalu namun menjelaskan pihaknya belum menerima apa-apa aduan secara rasmi mengenai dakwaan bahawa Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran RM8,000 untuk satu jam berceramah itu.

“Sekiranya wujud seperti yang didakwa pihak akhbar, maka pihak yang mengadu boleh membuat aduan secara rasmi dan kita akan meneliti perkara itu sama ada ia bertentangan dengan syarat kontrak,” katanya.

Ongkili menjelaskan, kontrak kedua-dua angkasawan negara Sheikh Muszaphar dan Mejar Dr. Faiz Khaleed akan tamat pada 31 Disember ini.

Katanya, berdasarkan kontrak yang ditandatangani antara kedua-dua angkasawan negara itu dan kementerian, mereka perlu membabitkan diri dalam semua program promosi dan penggalakkan yang diaturkan kementerian dan agensi-agensinya.

Mereka juga dilarang untuk menerima apa-apa ganjaran selain daripada ganjaran yang diberikan oleh kementerian, katanya.

“Saya mengakui Angkasawan Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor kini lebih nampak seperti selebriti berbanding saintis,” kata Maximus yang dipetik daripada salah satu daripada lima akhbar arus perdana yang melaporkan penafian angkasawan berhubung isu itu.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Fadillah Yusof, berkata siasatan akan dilakukan terhadap laporan sebuah portal berita dengan memanggil Dr Sheikh Muszaphar bagi memberi penjelasan.

“Walaupun beliau tidak lagi menjadi duta Mosti selepas kontraknya selama dua tahun tamat baru-baru ini, langkah ini (menyiasat) perlu bagi memastikan imej negara tidak tercemar dengan laporan seumpama ini,” katanya yang dipetik daripada sebuah laman web.

Ditanya jika dakwaan itu benar, Fadillah berkata, sudah tentu pihaknya kesal dengan perkembangan itu kerana Dr Sheikh Muszaphar sepatutnya mengutamakan tanggungjawab kepada negara.

Sumber : Harakahdaily.net

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: