Kami Memang Bekas Anggota Al-Arqam…

Penerbit video ‘Sajak Kematian’ yang memuatkan aksi mayat menerima azab kubur, yang menjadi kontroversi selepas ditayangkan kepada murid sekolah rendah, mengakui syarikat itu diusahakan oleh bekas pengikut al-Arqam yang telah diharamkan.

Bagaimanapun, pegawai perhubungan awam syarikat itu Mawaddah Publication, Alifi Alias berkata: “Al-Arqam sudah mati dan berkubur”.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas penasihat undang-undang al-Arqam, Zabidi Mohamed kelmarin yang dilaporkan mendakwa ‘Sajak Kematian’ diterbitkan syarikat yang diusahakan bekas pengikut kumpulan tersebut.

Kerajaan mengharamkan Al-Arqam sepuluh tahun lalu berikutan atas dakwaan kegiatan dan ajaran sesatnya menggugat ketenteraman negara.

Alifi juga menafikan dakwaan Zabidi bahawa pengeluaran VCD selama 15 minit itu, bertujuan untuk menyebarkan propaganda ajaran al-Arqam.

“Datanglah (ke tempat kami) dan lihat sendiri,” kata Alifi. Syarikat itu beroperasi di Rawang, Selangor.

Alifi tidak menganggap komen-komen negatif terhadap VCD keluararan anak syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) itu sebagai sebuah serangan.

Sebaliknya, tambah beliau, ia  telah memberikan promosi percuma kepada mereka.

Ada lamanweb

Malaysiakini  kelmarin melaporkan video ‘Sajak Kematian’ mendapat sambutan hangat, selepas sebuah syarikat televisyen swasta menyiarkan komen bantahan ibubapa terhadap penyiarannya di sekolah.

Syarikat pengeluarnya mendakwa, sejak diterbitkan pada tahun 2000, VCD tersebut diulang rakam hampir setiap tahun. Setiap ulang rakam melibatkan lebih 1,000 keping VCD.

GISB sebagai sebuah syarikat didakwa turut memfokuskan usaha memenuhi tuntututan fardu ain dan fardu kifayah umat Islam dengan menyediakan pelbagai barangan dan perkhidmatan alternatif.

“Banyak orang bercakap soalan ekonomi umat Islam, tetapi satu pasar mini pun mereka tidak ada,” kata Alifi.

Menurut laman web rasmi syarikat berkenaan Ikhwan Today (http://www.ikhwantoday.com), GISB diterajui Ashaari Mohamad sebagai pengerusi eksekutif.

GISB turut didakwa merangka dan melaksanakan pelbagai projek, tidak hanya tertumpu kepada aktiviti ekonomi, bahkan projek lain yang membawa keuntungan kepada umat Islam.

Projek-projek itu termasuklah program politik, tugas khas dan strategi; pentadbiran dan pelaksanaan; pendidikan dan pelajaran; dakwah dan motivasi; serta hal ehwal masyarakat dan ekonomi.

5,000 kakitangan

Selain itu, menurut lamanweb itu lagi, GISB turut memfokuskan kepada program kewangan, kebajikan, kesihatan, kebudayaan, pertanian, teknologi dan ternakan serta pelancongan.

Semua projek ini digerakkan dalam enam zon perniagaan – Utara, zon tengah, Selatan, Pantai Timur dan Malaysia Timur.

Dengan bilangan pengarah dan pengurus seramai 300 orang di pelbagai peringkat serta 5,000 pekerja, syarikat ini mempunyai 700 premis perniagaan di semua bidang yang disenaraikan tersebut.

Mawaddah Publication merupakan salah sebuah daripada syarikat berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan bahawa klip video ‘Sajak Kematian’ itu telah ditayangkan di sekolah, yang antara lain, memaparkan babak seksaan kubur selepas jenazah dikebumikan.

Tayangan klip video tersebut di sekolah telah menimbulkan bantahan beberapa pihak termasuk ibubapa dan mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Kementerian Pelajaran juga dilaporkan akan mengadakan siasatan berhubung penggunaan klip video itu di sekolah-sekolah.

Sumber : Malaysiakini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: