Arkib untuk Februari, 2009

Ekspedisi Mendaki Gunung Stong

Posted in Aktiviti, umum with tags on Februari 24, 2009 by ffataah

Tanggal 20 Februari lalu Badan Sukan Kakitangan SUK Kelantan(BASUKA) telah menganjurkan satu ekpedisi 2 hari 1 malam mendaki Gunung Stong. Satu program saringan bagi memilih para peserta yang layak untuk ke expedisi seterusnya iaitu ekpedisi ke Gunung Kinabalu. Saya telah berpeluang menyertai ekpedisi tersebut yang ternyata mencabar mental dan fizikal. Apapun kegembiraan jelas terpancar apabila para peserta berjaya menawan puncak Gunung Stong kira-kira jam 12.00 tengahari pada hari Sabtu setelah menyambung perjalanan ke puncak jam 8.00 pagi. Malam sebelumnya semua peserta bermalam  di Gua Bogo yang terletak di separuh perjalanan ke puncak Stong setelah kira-kira 3 jam perjalanan dari Base Camp.

Advertisements

Asy-Syahid Khattab

Posted in Uncategorized with tags on Februari 17, 2009 by ffataah