Bersediakah Remaja Masa Kini Menuju Mahsyar?

Zaman remaja adalah zaman yang penuh cabaran. Golongan remaja dengan fizikal yang segar-bugar, dan pada usia inilah gelombang syahwat yang sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawalnya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat. Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui konsert-konsert hiburan, di mana artis menjadi sanjungan dan ikutan. Kesannya, ia bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, malah ia menjadikan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Tidak cukup dengan itu ada yang dengan mudah menyerahkan maruah diri demi tuntutan nafsu.

Budaya barat yang bersalut kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik termasuk juga video lucah menjadikan golongan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yang begitu mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiyah Islam, mendampingkan diri dengan kelompok pejuang Islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada sebarang ancaman pengaruh mungkar.

Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Sebab itulah apabila mereka tiba di Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadiran mereka akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan, “Selamat datang wahai para remaja yang baik”.

Allah SWT akan menyeru Nabi Yusuf AS bagi mengetuai para belia yang mukminun, berakhlak, sabar, lemah lembut dan mempunyai ilmu pengentahuan. Nabi Yusuf AS terpilih menjadi ketua para belia yang baik budi pekerti kerana baginda adalah seorang nabi yang sangat kacak dan tampan. Ketampanannya menggoda ramai para wanita, hingga ada wanita yang tertawan dan cuba menggodanya. Namun baginda berjaya mengatasi semua halangan dan godaan.

Alangkah bertuahnya para belia itu kerana mendapat ketua seorang nabi yang termasyhur iaitu Nabi Yusuf AS. Bersesuaian dengan ketabahan dan kekuatan baginda yang berjaya menhadapi segala godaan dan cubaan alam remaja, mereka bersama-sama baginda di bawah panji-panji hijau di akhirat kelak.

Demikianlah penghargaan dan balasan Allah SWT terhadap para remaja yang bekerja keras serta bersungguh-sungguh mengawal diri daripada segala pengaruh buruk yang sedang bermaharajalela di sekitar mereka. Berkat kesabaran menahan diri daripada hidup berseronok dan berfoya-foya yang bersifat sementara di dunia ini, sebagai balasan, mereka mendapat keseronokan yang abadi di akhirat kelak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: