UMNO : Kebaculan Pemikiran Pemimpin Tag..t

Di ambang pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, saya begitu meluat apabila menonton television. Umno telah menggunakan sepenuhnya media massa bagi meneruskan kogoblokan pemimpin taghut mereka. Taktik lama semenjak 59 tahun lalu lagi kotor yang digunakan untuk meraih sebanyak mungkin sokongan daripada pengundi.

TV1 kini menjadi cawangan Umno TV1, TV2 pun begitu juga dan tidak terlepas peluang satu saluran television swasta iaitu TV3 yang ternyata senang membodek golongan-golongan Umno ini. Maka laporan-laporan yang dikeluarkan tidak lain hanya yang sedap-sedap didengar sahaja oleh Umno yang bacul. Golongan yang dengan sengaja menghijabkan diri mereka dengan matlamat sebenar manusia di dunia.

Tidak ada satu ruang pun bagi laporan-laporan yang sekurang-kurangnya bersifat neutral disampaikan kepada rakyat. Tidak puas dengan tindakan itu, kebaculan mereka ditambah dengan tindakan menggantung permit akbar Harakah dan Suara Keadilan yang diterbitkan khusus untuk ahli-ahli Pakatan Rakyat. Bagi yang tahu berfikir, apa pun alasan yang digunakan mereka, ianya tidak dapat menutup agenda tersembunyi mereka lagi menghairankan digunakan Umno kerana menggantung akhbar tersebut hanya untuk tempoh tiga bulan dari sekarang.Betapa golongan ini yang tidak tahu malu mengaku memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Sungguh indah apabila di Persidangan Agong Umno mereka memulakan persidangan dengan doa dan bacaan Al-Quran. Namun setelah itu, mereka tidak lain hanya terus mengikut telunjuk taghut dengan mengenepikan Al-Quran dan terus berbuat mungkar dan maksiat kepada Yang Maha Pencipta.

Mereka tanpa segan silu mengaku memperjuangkan bangsa pada masa yang sama bersikap angkuh, bangga diri dan terus mengagung-agungkan bangsa asing. Umno sehingga sanggup menggadaikan bahasa sendiri apabila mewujudkan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Satu langkah yang akan menggugat Bahasa Melayu dalam jangka masa panjang yang tidak disedari dan tidak kedapatan dalam otak bacul Umno.

Mereka melaungkan kedaulatan negara dan raja-raja Melayu tetapi
hakikatnya mengekploitasi institusi raja-raja demi kepentingan politik
mereka. Tidak cukup dengan itu mereka menjaja di sana-sini tuduhan
bahawa Pakatan Rakyatlah yang menderhaka kepada raja sedangkan tidak ada seorang pun daripada raja-raja Melayu yang mengiakan bahawa Pakatan Rakyat menderhaka.

Biarkan Umno dengan otak bacul mereka. Semua ini sudah cukup untuk menghapuskan Umno seterusnya lenyap dari dunia dengan taktik kotor yang mereka atur sendiri. Sesungguhnya yang batil itu akan lenyap untuk selama-lamanya.

“Dan Katakanlah : ‘Yang benar telah datang dan yang batil telah
lenyap’. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap”.
(Al-Isra’ : 81)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: