Manisnya Bertudung

“Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah”

Belakangan ini, bertudung telah menjadi satu pilihan kepada kebanyakan artis di Negara kita. Siapa pun mereka, apa yang penting adalah kesedaran yang lahir dari setiap yang bergelar wanita dan muslim. Meskipun bertudung, ianya nyata tidak menghalang setiap wanita bagi mengejar cita-cita mereka selagi ianya tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Bertudung itu ternyata lebih manis di pandangan mata berbanding mendedahkan rambut kepada tatapan umum yang sepatutnya tiada hak ke atasnya. Kerana itulah syariat menghendaki wanita menutup aurat mereka itu di samping dapat menjaga maruah mereka sebagai wanita muslim.

Ironinya salah satu punca menularnya zina di kalangan remaja sekarang adalah kerana pendedahan aurat oleh remaja-remaja perempuan. Di usia yang masih muda, mereka ini cukup menarik minat kaum lelaki terutamanya remaja yang sememangnya mudah terpengaruh dengan budaya berseronok-seronok di usia muda.

Dalam salah satu ayat bagi menjelaskan hukuman bagi penzina Allah memulakan dengan penzina perempuan terlebih dahulu berbanding penzina lelaki. Ulama’ tafsir menjelaskan antara lain ianya untuk menjelaskan punca utama zina adalah disebabkan oleh wanita yang tidak menjaga diri mereka sehingga menyebabkan berlakunya zina. Bayangkan jika wanita-wanita tetap bertudung dan tidak mendedahkan aurat mereka, ianya sudah pasti akan menyekat syahwat lelaki daripada melakukan zina.

Namun, kesalahan bukanlah terletak di bahu wanita sahaja. Sememangnya terdapat golongan lelaki dalam masyarakat kita yang tidak mempunyai nilai moral yang tinggi. Maka berlakulah perkara-perkara yang sepatutnya jijik dan tidak berlaku dalam masyarakat Islam seperti masalah rogol, sumbang mahram, penyebaran video lucah dan sebagainya.

Wanita bertudung akan menjadi pilihan golongan lelaki yang ingin menjadikan mereka calon isteri yang solehah. Ini kerana ianya menjadi syarat bagi seorang wanita muslim dan menandakan mereka benar-benar patuh kepada tuntutan agama. Kemanisan bertudung itu akan benar-benar dapat dinikmati oleh suami kerana hanya beliau yang berhak ke atas mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: