Bangunlah Dari Tidur!

Salam..lama sudah saya tidak menulis, dek kerana kesibukan kerja, tidak sempat untuk menulis. Hari ini saya terpanggil untuk meluahkan sedikit kegusaran.

Belakangan ini  suasana politik negara agak bercelaru lebih-lebih lagi di Kelantan. Nampaknya musuh-musuh kepada kepimpinan Tok Guru sedang meyerang bertubi-tubi kepimpinan beliau. Tidak lain melainkan ingin menyekat kebangkitan Kepimpinan Pakatan Rakyat yang digagaskan PAS, PKR dan DAP.

Dalam pada itu pula terdapat segelintir penyokong yang termakan isu-isu yang dibangkitkan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat ini lalu mula melatah dan menghangatkan lagi suasana politik negara. Jika dibiarkan, PR nampaknya sukar untuk bangun pada PRU-13 nanti.

Saya menyeru kepada semua pendokong kepimpinan Tok Guru dan seluruh Pakatan Rakyat agar tidak mengambil sebarang tindakan mengikut emosi semata-mata tanpa terlebih dahulu berfikir sedalam-dalamnya kesan kepada agama, parti dan negara.

Kepada para penyokong PAS, petikan artikel saya yang ke-2 terakhir dalam blog ini nampaknya masih releven, antaranya ” PAS perlu menoleh kebelakang memperkemaskan dasar perjuangan, patuh kepada pemimpin dan kembali kepada Allah”.

Sama-samalah kita berpegang teguh dibawah di bawah kepimpinan Tok Guru dan berdoa agar Allah menguraikan segera segala kekusutan ini. Sekian.


2 Respons to “Bangunlah Dari Tidur!”

  1. peribadirasulullah Says:

    Rapatkan saf perjuangan, buatlah kebajikan kepada semua rakyat, tulikan telinga dari komen-komen yang berfaedah. wujudkan contoh kepada masyarakat. contohnya kedai yang menyediakan makanan halal dengan penjual yang bersopan sesama jenis, harganya berpatutan, berniaga diatas dasar menyebarkan barakah dan cintakan Allah.

    Apa yang wujud sekarang terlalu jauh, walaupun gerai-gerai yang ada di pulau melaka dekat rumah Tok Guru pun, adalah gerai lintah darat, mak cik yang berpakain ala Islam tetapi menipu dalam perniagaan..sebenarnya PAS belum dapat membuktikan satu contoh terbaik kepada masyarakat dari segi peraktikal dalam mana-mana bidang, dari segi teori PAS banyak menyediakan draf dan kertas kerja sahaja.

    TESCO, MILO dan sebagainya,mereka istiqamah dan rajin berusaha, walaupun syarikat Yahudi tetapi mereka turut menyumbang untuk memenuhi keperluan manusia sejagat. Sedarlah wahai saudaraku seagama…. Allah memberi kejayaan pada orang kafir kerana mereka berusaha.. begitu juga Nabi-Nabi dan para sahabat… mereka juga berusaha dalam perjuangan dan aqidah mereka bersih dan suci murni… salam ukhuwah dari ana.

  2. peribadirasulullah Says:

    Rapatkan saf perjuangan, buatlah kebajikan kepada semua rakyat, tulikan telinga dari komen-komen yang TIDAK berfaedah. wujudkan contoh kepada masyarakat. contohnya kedai yang menyediakan makanan halal dengan penjual yang bersopan sesama jenis, harganya berpatutan, berniaga diatas dasar menyebarkan barakah dan cintakan Allah.

    Apa yang wujud sekarang terlalu jauh, walaupun gerai-gerai yang ada di pulau melaka dekat rumah Tok Guru pun, adalah gerai lintah darat, mak cik yang berpakain ala Islam tetapi menipu dalam perniagaan..sebenarnya PAS belum dapat membuktikan satu contoh terbaik kepada masyarakat dari segi peraktikal dalam mana-mana bidang, dari segi teori PAS banyak menyediakan draf dan kertas kerja sahaja.

    TESCO, MILO dan sebagainya,mereka istiqamah dan rajin berusaha, walaupun syarikat Yahudi tetapi mereka turut menyumbang untuk memenuhi keperluan manusia sejagat. Sedarlah wahai saudaraku seagama…. Allah memberi kejayaan pada orang kafir kerana mereka berusaha.. begitu juga Nabi-Nabi dan para sahabat… mereka juga berusaha dalam perjuangan dan aqidah mereka bersih dan suci murni… salam ukhuwah dari ana.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: