Kelantan To Its Craziness..??

Jangan terkejut membaca tajuk post saya kali ini. Bukan mahu memburuk-burukkan negeriku yang tercinta ini. Tapi mahu melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Kelantan pada hari ini. Isu pembangunan yang selalu digembar-gemburkan oleh UMNO BN, menyatakan hanya kerajaan BN yang mampu membawa pembangunan.

Nah! Sekarang lihatlah sendiri pembangunan yang kian rancak yang berlaku di Negeri Kelantan. Tetapi tampuk pemerintahan negeri bukan terletak di tangan BN, sebaliknya diterajui oleh seorang ulamak yang begitu tawadu’ namun tegas dalam masalah-masalah yang melibatkan agama Islam. 18 tahun dibawah pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar, apa yang lebih utama didahulukan adalah pembangunan jatidiri rakyat Kelantan itu sendiri.

Rakyat Kelantan dibangunkan jiwa mereka dengan pendidikan agama bukannya dimomokkan dengan pembangunan fizikal semata-mata.Kini rakyat Kelantan cukup matang dalam soal pembangunan. Mereka faham pembangunan yang lebih utama adalah pembangunan kefahaman agama dalam jatidiri, selepas itu barulah pembangunan fizikal boleh dititikberatkan. Maka tidak hairanlah rakyat Kelantan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji BN untuk membawa pembangunan ke Kelantan setiap kali tibanya musim pilihanraya.

Sungguh TGNA berjaya menanam di dalam jiwa setiap setiap rakyat Kelantan, agamalah yang patut didahulukan. Tidak hairanlah di dalam setiap majlis-majlis keagamaan yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan yang luarbiasa oleh rakyat Kelantan. TGNA sendiri menjadikan kuliah Jumaat sebagai kuliah tetap pada setiap minggu bertempat di Medan Ilmu Kota Bharu yang disampaikan oleh beliau sendiri. Rakyat Kelantan sentiasa memenuhi ruang Medan Ilmu sampai ke kakilima bangunan bagi mengikuti kuliah beliau.

Kelantan kini sudah jauh berbeza berbanding 18 tahun dahulu. TGNA telah membuktikan, ulamak juga mampu membawa pembangunan kepada negeri. Kelantan kini memasuki fasa pembangunan fizikal yang meliputi pembangunan infrastruktur moden yang akan banyak membantu rakyatnya.

Di Kota Bharu, bangunan-bangunan yang mencakar langit tumbuh bagai cendawan dek kerana rancaknya pembangunan. Struktur-struktur jalan bertingkat merentasi sungai Kelantan ke Wakaf Siku sedang giat dijalankan. Di Tunjung pula pembangunan bandar baru kian rancak dijalankan dan kini telah menampakkan fasa-fasanya yang telah siap. Di Pasir Tumboh pada masa akan datang akan wujud Bandar Satelit di mana pembinaannya telah pun berlansung. Di Pasir Mas, struktur jalan bertingkat merentasi landasan keretapi akan mengubah lanskap bandar tersebut dengan penyiapan fasa pertama pembinaan pada akhir tahun ini. Bandar baru Pasir Mas yang terletak di Lubok Jong pula bakal menghubungkan Bandar lama Pasir Mas dan Rantau Panjang. Kawasan sekitarnya kini kian rancak dibangunkan dengan projek-projek perumahan dan rumahkedai. Peluang yang tidak dilepaskan oleh pelabur-pelabur tempatan dengan kewujudan Bandar Baru tersebut.

Kelantan To Its Craziness, adalah tajuk pilihan saya mengambil idea daripada satu artikel yang saya temui ketika melayari internet berkenaan dengan pembangunan di Dubai, United Arab Emirates (UAE). Craziness yang dimaksudkan adalah pembangunan yang rancak dan canggih dengan idea ‘gila-gila’ yang terdapat di Dubai. Kelantan kini nampaknya melangkah setapak kehadapan dengan membuka peluang-peluang pembangunan yang bakal mengubah lanskap negeri ini pada masa akan datang kalaupun ianya tidak setanding dengan pembangunan di Dubai yang terkenal dengan Burj Al-Arabnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: