Fotografi Yang Mengasyikkan

Setiap jurugambar mempunyai subjek kegemaran mereka yang tersendiri.  Itulah kata-kata yang paling tepat bagi mengambarkan setiap individu jurugambar. Fenomena mangambil gambar dan memuatturun ke internet kini nampaknya semakin meluas dan aktiviti fotografi nampakya semaikin digilai ramai.

Ramai yang belum sedar rasanya bahawa terdapat komuniti pada masa sekarang yang terdiri daripada jurugambar-jurugambar. Komuniti yang terdiri daripada jurugambar amatur sehinggalah kepada yang profesional, jurugambar yang sekadar suka-suka dengan menjadikan fotografi sebagai hobi, tidak kurang juga mereka yang menjadikan fotografi sebagai bidang kerjaya bagi memperoleh pendapatan.

Di antara subjek-subjek yang paling diminati oleh kebanyakan jurugambar adalah lanskap alam semulajadi. Ada di antara mereka yang suka mengabadikan suasana matahari terbenam sebagai subjek utama. Ternyata dengan teknik-teknik khusus dalam seni fotografi mereka dapat mengambil gambar yang indah yang kadangkala membuat kita terpegun apabila terpandang gambar-gambar sebegini. Sesetengahnya pula menjadikan monumen-monumen penting sebagai subjek. Setiap gambar yang di ambil dengan teknik-teknik yang baik dengan penjuru yang betul mampu menghidupkan gambar-gambar monumen ini. Setiap gambar yang nampak seperti hidup mampu menceritakan dengan sendirinya maksud-maksud tertentu disebalik gambar tersebut.

Tidak kurang juga di kalangan fotografer ada di antaranya yang lebih gemar memburu orang-orang penting di dalam masyarakat. Mereka ini lebih kepada kewartawanan kerana ingin mengambil gambar sebagai bahan berita. Ianya terpulang kepada individu fotografer tersebut. Disinilah setiap fotografer tersebut memerlukan kemahiran bagi mendapatkan snap yang paling menarik dan mampu menceritakan apa yang berlaku di sebalik gambar tersebut.

Bagi saya sendiri pula, sejak timbulnya minat dalam bidang ini, saya lebih gemar menjadikan objek-objek seni sebagai subjek. Kadang-kadang kita terlepas pandang tentang kewujudan benda-benda seni tersebut seperti serangga dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Sebagai jurugambar amatur, gambar-gambar yang diambil masih lagi tidak menepati teknik yang betul sepenuhnya. Apa yang menarik dengan pemilihan subjek yang seni bagi saya adalah kita mampu membawanya ke dunia; objek seni jika diperhatikan seolah-olah berada di dalam dunia yang lain; disamping kita dapat berfikir betapa agungnya yang maha pencipta makhluk tersebut.

Secara umumnya, semua subjek pun menjadi kegemaran setiap fotografer. Teknologi kamera yang semakin canggih dan terkini pada masa sekarang nampaknya akan membawa seni fotografi ke tengah masyarakat pada masa akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: