Archive for the semasa Category

Ashaari Muhammad Bekas Pemimpin Al-Arqam Meninggal Dunia

Posted in semasa on Mei 13, 2010 by ffataah
    “Ashaari menimbulkan kontroversi kerana pernah mendakwa beliau berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW secara sedar dan meramalkan dirinya akan menjadi perdana menteri Malaysia selepas Tun Dr Mahathir Mohamad”.

13 Mei – Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru.

Menurut Utusan Malaysia Online, jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Bernama memetik seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein bahawa jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi. Teruskan membaca

Advertisements

Nik Aziz Ke Dunia Blogger Politik Tanah Air

Posted in semasa with tags , , , on Mac 18, 2009 by ffataah

KOTA BHARU 17 Mac – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.

Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu.

Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa. Teruskan membaca

Keluarga Pelajar Cemerlang SPM 2008 Ditawar Lot Rumah

Posted in semasa with tags , , , on Mac 15, 2009 by ffataah

PENGKALAN CHEPA, 15 Mac (Hrkh) – Kejayaan pelajar cemerlang negara SPM 2008, Nik Nor Madihah Nik Mohamad Kamal, 18 dari Maahad Muhammadi Perempuan turut dikongsi bersama kerajaan negeri.

Beliau mendapat 20A (19A1, 1A2) dan menjadi kebangsaan kepada kerajaan negeri serta rakyat Kelantan.

Kejayaan itu merupakan rekod kedua di alaf baru apabila pelajar sekolah agama di bawah Yayasan Islam Kelantan muncul sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan.

Tiga tahun lalu, pelajar sekolah yang sama Siti Fatimah Mukhtar muncul sebagai pelajar cemerlang negara apabila mendapat 18A (17A1 dan 1A2).

Hari ini anak nelayan dari Kampung Sabak dikunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, petang Khamis lalu telah dikunjungi anggota Exco kerajaan negeri, Wan Ubaidah Omar.

Sebagai menghargai kejayaan tersebut Menteri Besar menawarkan satu lot kediaman kepada keluarga nelayan tersebut bagi membolehkannya membina rumah yang lebih selesa.

Selain itu kerajaan negeri bersetuju memberi saguhati sebanyak RM5,000 kepada pelajar terbaik itu di atas kecemerlangannya.

Seorang lagi pelajar, Nor Farah Aisyah Nazim, 18 juga dari Maahad Muhammadi Perempuan turut memperolehi keputusan cemerlang 17A. -Harakahdaily

Bahasa Inggeris: Kenyataan PM Isyarat Positif

Posted in semasa with tags , , , on Mac 8, 2009 by ffataah

Pengerusi Jawatankuasa Induk Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Dr. Hassan Ahmad menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat dengan segera.

Beliau melihat kenyataan terbaru Perdana Menteri itu sebagai isyarat positif mengenai masa depan PPSMI.

“Baguslah Perdana Menteri bersuara mengenai isu ini.

“Kita juga mahu Kementerian Pelajaran mempercepatkan keputusan mengenai status PPSMI setelah ia dilaksanakan selama enam tahun,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Tambah beliau, bantahan yang disuarakan GMP termasuk melalui perarakan yang diadakan hari ini bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara menampakkan hasil positif. Teruskan membaca

Fatwa Pengharaman Yoga Dipertikai : Salah Siapa?

Posted in agama, semasa, umum with tags on November 26, 2008 by ffataah

Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan fatwa pengharaman Yoga, namun ramai yang terus mempertikaikan keputusan tersebut baik daripada individu mahupun pertubuhan malahan di peringkat negeri. Negeri Selangor contohnya masih menangguhkan keputusan Majlis Fatwa tersebut dengan alasan-alasannya. Sister In Islam pula dengan lantang mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut dengan alasan senaman Yoga tidak menjejaskan aqidah umat Islam.

Salah Siapa apabila keputusan tertinggi bagi umat Islam di negara ini terus dipertikai?

Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan dan akidah umat Islam. Kita sebagai umat Islam yang jahil tentang hukum-hakam ini usah mempertikaikan keputusan tersebut. Kita perlu mendengar serta berfikir secara rasional dan berdasarkan syariat, bukan hanya menggunakan logik akal semata-mata.

Biarpun tujuan senaman Yoga adalah untuk kesihatan, namun dibimbangi ianya akan memesongkan akidah umat Islam kerana terdapat unsur-unsur yang berkait rapat dengan ajaran Hindu. Adakah kita terlalu ketandusan idea dengan memilih ajaran daripada agama lain dengan alasan untuk menjaga kesihatan.

Bukankah Islam sendiri telah mengajar kita satu bentuk senaman yang cukup sempurna iaitu sembahyang lima waktu. Apa yang kita perlu buat adalah menjaga sembahyang yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T. sebanyak lima waktu sehari semalam. tidak sedarkah kita bahawa alim ulamak yang sentiasa menjaga sembahyang mereka jarang mengalami masalah kesihatan. mereka ini tidurnya sedikit kerana sentiasa melakukan amalan-amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah termasuk sembahyang di waktu sepertiga malam. ternyata kebanyakannya sihat walafiat kerana sembahyang itu salah satu bentuk senaman selain merupakan ibadat yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. Semalas-umat Islam yang menjaga solat wajib lima waktu tanpa melakukan solat sunat sahaja akan melakukan 17 kali ruku’, 34 kali sujud dan 10 kali salam sehari semalam. Bukankah ianya satu senaman yang menyihatkan? Tidak perlu kita terlampau taksub untuk melakukan senaman Yoga melainkan sikap kita sendiri yang tidak menjaga solat lima waktu, dan adakah solat yang dikerjakan itu betul-betul sempurna?

Teruskan membaca

Namewee Cetus Kontroversi Baru

Posted in semasa, umum with tags on November 25, 2008 by ffataah

Wee Meng Chee yang lebih dikenali sebagai ‘Namewee’, yang mencetuskan kontroversi melalui video rapnya yang mempersendakan lagu Negaraku tahun lalu, kini berdepan dengan kontroversi baru.

Kali ini, pemuda berusia 25 tahun itu, menerima seorang peguam dari sekolah lamanya – sekolah Tinggi Chong Hwa di Muar.

Ini ekoran klip video muzik terbarunya yang bertajuk ‘Teacher Hew’s Time’ telah memapar nama, kelas dan halaman sekolah  tersebut.Surat tersebut telah diserahkan kepada Wee di rumahnya di Muar semalam.

Klip video tersebut telah dimuat-naik ke dalam Youtube serta di dalam blog Wee beberapa minggu yang lalu.

Klip video itu menunjukkan seorang guru sekolah mengajar bahasa Inggeris di kelas, dengan menggunakan perkataan yang tidak senonoh. Klip itu turut memaparkan beberapa aksi menggiurkan.

Bahagian pertama video itu sepanjang empat minit dan 54 saat, bahagian kedua empat minit 47 saat dan bahagian ketiga selama tiga minit dan tiga saat.

Wee telah menunjukkan nama sekolah tersebut dalam bahagian ketiga klipnya.

Sekolah tersebut mengkritik Wee kerana menggunakan nama dan halaman sekolah tersebut dalam videonya, tanpa kebenaran.

Ini, kata pihak sekolah, telah mencemar imej dan reputasinya. Wee pertahan videonya Wee bagaimanapun mempertahankan video itu dalam blognya.

Teruskan membaca

Harga Minyak Sepatutnya RM1.52!

Posted in semasa, umum with tags on November 24, 2008 by ffataah

Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato’ Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.

“Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,”kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.

“Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,”dakwanya.

Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia.

Sumber : harakahdaily