Arkib untuk politik

Bangunlah Dari Tidur!

Posted in pas with tags , on Disember 25, 2009 by ffataah

Salam..lama sudah saya tidak menulis, dek kerana kesibukan kerja, tidak sempat untuk menulis. Hari ini saya terpanggil untuk meluahkan sedikit kegusaran.

Belakangan iniĀ  suasana politik negara agak bercelaru lebih-lebih lagi di Kelantan. Nampaknya musuh-musuh kepada kepimpinan Tok Guru sedang meyerang bertubi-tubi kepimpinan beliau. Tidak lain melainkan ingin menyekat kebangkitan Kepimpinan Pakatan Rakyat yang digagaskan PAS, PKR dan DAP.

Dalam pada itu pula terdapat segelintir penyokong yang termakan isu-isu yang dibangkitkan oleh musuh-musuh Pakatan Rakyat ini lalu mula melatah dan menghangatkan lagi suasana politik negara. Jika dibiarkan, PR nampaknya sukar untuk bangun pada PRU-13 nanti.

Saya menyeru kepada semua pendokong kepimpinan Tok Guru dan seluruh Pakatan Rakyat agar tidak mengambil sebarang tindakan mengikut emosi semata-mata tanpa terlebih dahulu berfikir sedalam-dalamnya kesan kepada agama, parti dan negara.

Kepada para penyokong PAS, petikan artikel saya yang ke-2 terakhir dalam blog ini nampaknya masih releven, antaranya ” PAS perlu menoleh kebelakang memperkemaskan dasar perjuangan, patuh kepada pemimpin dan kembali kepada Allah”.

Sama-samalah kita berpegang teguh dibawah di bawah kepimpinan Tok Guru dan berdoa agar Allah menguraikan segera segala kekusutan ini. Sekian.


Advertisements

UMNO : Kebaculan Pemikiran Pemimpin Tag..t

Posted in politik with tags , , , , , , , , , , , , , on Mac 29, 2009 by ffataah

Di ambang pilihanraya Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, saya begitu meluat apabila menonton television. Umno telah menggunakan sepenuhnya media massa bagi meneruskan kogoblokan pemimpin taghut mereka. Taktik lama semenjak 59 tahun lalu lagi kotor yang digunakan untuk meraih sebanyak mungkin sokongan daripada pengundi.

TV1 kini menjadi cawangan Umno TV1, TV2 pun begitu juga dan tidak terlepas peluang satu saluran television swasta iaitu TV3 yang ternyata senang membodek golongan-golongan Umno ini. Maka laporan-laporan yang dikeluarkan tidak lain hanya yang sedap-sedap didengar sahaja oleh Umno yang bacul. Golongan yang dengan sengaja menghijabkan diri mereka dengan matlamat sebenar manusia di dunia.

Tidak ada satu ruang pun bagi laporan-laporan yang sekurang-kurangnya bersifat neutral disampaikan kepada rakyat. Tidak puas dengan tindakan itu, kebaculan mereka ditambah dengan tindakan menggantung permit akbar Harakah dan Suara Keadilan yang diterbitkan khusus untuk ahli-ahli Pakatan Rakyat. Bagi yang tahu berfikir, apa pun alasan yang digunakan mereka, ianya tidak dapat menutup agenda tersembunyi mereka lagi menghairankan digunakan Umno kerana menggantung akhbar tersebut hanya untuk tempoh tiga bulan dari sekarang. Teruskan membaca

Nik Aziz Ke Dunia Blogger Politik Tanah Air

Posted in semasa with tags , , , on Mac 18, 2009 by ffataah

KOTA BHARU 17 Mac – Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.

Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri Haron memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu.

Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa. Teruskan membaca

Guan Eng Harap Islam Jadi Teras Rapatkan Silaturrahim

Posted in semasa with tags , , on Oktober 5, 2008 by ffataah

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini. “Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.

“Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.”Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini,” kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri. “Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Ma’aruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.

“Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua,” kata beliau.Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia. Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau. “Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam. “Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.

“Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan,” kata Guan Eng. Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan. “Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz,” katanya. Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza. “Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat. “Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.

“Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Ma’aruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin,” kata beliau mengakhiri perutusannya.

Sumber : Harakahdaily

Anwar Vs Najib Vs Pak Lah

Posted in politik with tags , on September 30, 2008 by ffataah

Sumber : Malaysiakini baca ringkasan>>

Kerajaan yang Dayus?

Posted in semasa with tags on Ogos 14, 2008 by ffataah

a) Kerajaan yang membiarkan kemungkaran berleluasa

b) Kerajaan yang membenarkan iklan yang menghina wanita dengan pendedahan aurat semata-mata untuk meraih keuntungan

c) Kerajaan yang terus-menerus mengamalkan rasuah

d) Kerajaan yang berdiam diri apabila ada tindakan yang cuba memperkotak-katikkan islam

e) Kerajaan yang tidak bersungguh-sungguh membanteras kegiatan rakyatnya yang bertentangan agama(pelacuran,penukaran jantina, pergaulan bebas,mendedah aurat)

f) Pemimpinnya tidak menjaga para isteri supaya menutup aurat

g) Golongan yang berpangkat lebih bawah takut untuk bercanggah pendapat dengan pemimpinnya walaupun hakikatnya dia betul

h) Kerajaan yang tidak menjaga kebajikan rakyatnya hingga ke akar umbi

i) Pemimpinnya membolot segala kekayaan negara untuk kepuasan sendiri