Arkib untuk stadium mohd ke-iv

New Perspective

Posted in umum with tags , , on Ogos 11, 2009 by ffataah

New Perspective

Menguruskan seorang pengurus besar bukanlah satu tugas yang mudah. demi kelangsungan sebuah syarikat kontraktor yang berwibawa di negeri Kelantan Darulnaim, sedikit pengorbanan diperlukan.

Kelkon, salah satu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan merupakan sebuah syarikat kontraktor bumiputra kelas A yang bertapak di Negeri Kelantan sejak 30 tahun dahulu. Tahun silih berganti, beberapa orang pengurus besar telah bertukar tangan demi mewujudkan sebuah syarikat yang berdaya saing dalam kelasnya.

Diterajui oleh Hj. Jawahir Dollah, pelbagai projek telah berjaya dibangunkan oleh Kelkon Sdn. Bhd. Terbaru dan kini dalam sentuhan terakhir pembinaan adalah sebuat pusat perdangan yang terdiri daripada dewan pameran, unit-unit pejabat dan penthouse, dikenali sebagai Kelantan Trade Centre (KTC). Terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu dan bersebelahan dengan Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, dijangkakan ianya akan menjadi pusat bagi mengadakan pelbagai acara kerajaaan dan syarikat swasta daripada persidangan, pameran, seminar dan kursus mahupun bagi mengadakan majlis perkahwinan.

Advertisements

Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan : Piala Menteri Besar Kelantan

Posted in umum with tags , , , , on Mac 29, 2009 by ffataah

Kota Bharu, 29 Mac: Hari kedua TM-WMC Kejohanan Tomoi Antarabangsa Kelantan, Piala Menteri Besar, menyaksikan Bedu dinobatkan sebagai juara. Beliau merupakan peninju yang tidak asing lagi bagi peminat-peminat Tomoi Malaysia. Beliau yang mewakili Kedah merupakan seorang juara 5 wilayah Selatan Thailand 2001-2002, pernah bertarung dalam 70 perlawanan dengan memenangi 48 daripadanya dan seri dalam 3 perlawanan.

Malam yang bertuah bagi Bedu kerana berjaya menundukkan Wadi Sri Payong yang mewakili Kelantan yang merupakan Juara MFK dan pernah menang sebanyak 40 daripada 42 perlawanan dengan seri dua perlawanan. Sedikit kekecohan berlaku apabila pengurus Wadi Sri Payong tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh pengadil perlawanan. Namun keadaan berjaya dikawal oleh penganjur.

Malam ini merupakan malam terakhir kejohanan dimana peninju-peninju akan merebut Piala Menteri Besar Kelantan. Antara peninju-peninju ternama yang akan berentap malam ini adalah Abbas Ahmadi, Mamat Lintar, Akhbar Hanafi dan ramai lagi. Semua dijemput beramai-ramai datang ke Stadium Mohammad Ke-IV pada malam ini bagi menyaksikan perlawanan yang pasti mendebarkan.