Arkib untuk tazkirah

Manisnya Bertudung

Posted in agama with tags , , on Mac 30, 2009 by ffataah

“Wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah”

Belakangan ini, bertudung telah menjadi satu pilihan kepada kebanyakan artis di Negara kita. Siapa pun mereka, apa yang penting adalah kesedaran yang lahir dari setiap yang bergelar wanita dan muslim. Meskipun bertudung, ianya nyata tidak menghalang setiap wanita bagi mengejar cita-cita mereka selagi ianya tidak melanggar batas-batas yang telah ditetapkan oleh syarak.

Bertudung itu ternyata lebih manis di pandangan mata berbanding mendedahkan rambut kepada tatapan umum yang sepatutnya tiada hak ke atasnya. Kerana itulah syariat menghendaki wanita menutup aurat mereka itu di samping dapat menjaga maruah mereka sebagai wanita muslim.

Ironinya salah satu punca menularnya zina di kalangan remaja sekarang adalah kerana pendedahan aurat oleh remaja-remaja perempuan. Di usia yang masih muda, mereka ini cukup menarik minat kaum lelaki terutamanya remaja yang sememangnya mudah terpengaruh dengan budaya berseronok-seronok di usia muda.

Dalam salah satu ayat bagi menjelaskan hukuman bagi penzina Allah memulakan dengan penzina perempuan terlebih dahulu berbanding penzina lelaki. Ulama’ tafsir menjelaskan antara lain ianya untuk menjelaskan punca utama zina adalah disebabkan oleh wanita yang tidak menjaga diri mereka sehingga menyebabkan berlakunya zina. Bayangkan jika wanita-wanita tetap bertudung dan tidak mendedahkan aurat mereka, ianya sudah pasti akan menyekat syahwat lelaki daripada melakukan zina.

Namun, kesalahan bukanlah terletak di bahu wanita sahaja. Sememangnya terdapat golongan lelaki dalam masyarakat kita yang tidak mempunyai nilai moral yang tinggi. Maka berlakulah perkara-perkara yang sepatutnya jijik dan tidak berlaku dalam masyarakat Islam seperti masalah rogol, sumbang mahram, penyebaran video lucah dan sebagainya.

Wanita bertudung akan menjadi pilihan golongan lelaki yang ingin menjadikan mereka calon isteri yang solehah. Ini kerana ianya menjadi syarat bagi seorang wanita muslim dan menandakan mereka benar-benar patuh kepada tuntutan agama. Kemanisan bertudung itu akan benar-benar dapat dinikmati oleh suami kerana hanya beliau yang berhak ke atas mereka.

Ulat Sagu/Mulong Sarawak Haram Dimakan

Posted in umum with tags , , , on Mac 17, 2009 by ffataah

Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai “termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali”.

Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama – sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu’tabar dalam mazhab seperti “Minhajuth Tholibin” halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada “Tuhfatul Muhtaj” juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab “Sabilal Muhtadin” dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

… Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat,dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.

Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Perkara-perkara Yang Sangat Disukai Oleh Isteri Apabila Ia Dilakukan Oleh Suaminya

Posted in umum with tags , , , on Mac 15, 2009 by ffataah

1.  Isteri adalah manusia yang sensitif dan lemah lembut sifatnya. Oleh itu,     suami perlu melayaninya dengan lemah lembut, penuh kasih sayang dan berhati-hati supaya tidak melukakan perasaannya.

Sabda rasulullah S.A.W;
“Wahai suami, lembutlah terhadap isterimu.”

2.  Isteri suka dirayu, dipuji kecantikannya, layanannya serta pilihannya.

3.  Isteri sudah menghabiskan masanya berhias bagi menghiburkan hati suaminya. Oleh itu, suami perlu menghargai usaha isterinya itu.

4.  Isteri menyukai suami yang dermawan dan murah hati. Oleh itu suami perlu berusaha menjadi pemurah mengikut kemampuan masing-masing.

5.  Isteri sangat menyukai suami yang mulia, memiliki keyakinan diri yang tinggi serta mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat.

6.  Isteri sangat menyukai suami yang suka memujinya, khususnya pujian yang diberikan di depan orang lain seperti ahli keluarganya.

7.  Isteri sangat senang hati apabila suaminya sering mengingatinya walaupun mereka berjauhan dengan cara menelefon dan mengirim SMS kepadanya.

8.  Isteri sangat menyukai suami yang memberikan perhatian istimewa kepadanya ketika dia sedang bersedih ataupun sedang sakit.

9.  Isteri menyukai suami yang gemar menggodanya seperti anak-anak dan mencumbuinya mesra.

10.  Isteri menyukai suami yang perkasa ketika melakukan hubungan, serta melakukannya dengan kelembutan dan kasih sayang. Teruskan membaca

Lagi Tentang Adik Muhammad…

Posted in agama with tags , , , , , , , , , on Mac 10, 2009 by ffataah

Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan semalam sekali lagi menjulang nama adik Muhammad(berbaju biru-gambar) setelah diberi penghargaan sebagai salah seorang penerima anugerah pada majlis tersebut.

Beliau yang merupakan hafiz Al-Quran mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada penghargaan yang diberikan. Adik Muhammad yang merupakan seorang pelajar Mari Bertarannum terbitan TV9, antara lain menasihatkan khususnya kepada pelajar-pelajar sepertinya supaya berusaha bersungguh-sungguh di dalam pelajaran dan hendaklah bersabar kerana seorang pelajar akan sentiasa menhadapi cabaran dan dugaan di dalam usaha untuk mencapai kejayaan.

Anugerah Perdana Maulidur Rasul 1430 Hijrah telah diberikan kepada Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Sidek Baba, 63.  Penerima-penerima anugerah lain ialah; (dari kiri-gambar) Muhammad, Mohd Yunus, Maamor, Dr Sidek, Mortadha dan Muhammad Haziq.

Bersediakah Remaja Masa Kini Menuju Mahsyar?

Posted in agama with tags , , , , , , on Mac 4, 2009 by ffataah

Zaman remaja adalah zaman yang penuh cabaran. Golongan remaja dengan fizikal yang segar-bugar, dan pada usia inilah gelombang syahwat yang sangat bergelora. Tidak mudah untuk mengawalnya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-batas syariat. Kesempatan untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyarakat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT. Budaya maksiat yang sengaja disuburkan melalui konsert-konsert hiburan, di mana artis menjadi sanjungan dan ikutan. Kesannya, ia bukan sahaja meruntuhkan akhlak remaja, malah ia menjadikan kehormatan seolah-olah tidak bernilai. Tidak cukup dengan itu ada yang dengan mudah menyerahkan maruah diri demi tuntutan nafsu.

Budaya barat yang bersalut kekufuran dan kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik termasuk juga video lucah menjadikan golongan remaja sebagai sasarannya. Dalam suasana yang begitu mungkin terdapat segelintir remaja yang hidup terasuh dalam keluarga yang berteraskan tarbiyah Islam, mendampingkan diri dengan kelompok pejuang Islam. Dengan suasana yang murni itu, mereka memiliki daya tahan daripada sebarang ancaman pengaruh mungkar.

Allah SWT amat menghargai kesungguhan remaja seperti itu. Sebab itulah apabila mereka tiba di Mahsyar, mereka akan disambut dengan segala pujian dan sanjungan daripada para malaikat. Malah kehadiran mereka akan disambut oleh Allah SWT dengan ucapan, “Selamat datang wahai para remaja yang baik”.

Teruskan membaca

‘Allah’ Hanya Untuk Islam

Posted in umum with tags , , , , , , on Mac 1, 2009 by ffataah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitan agama Kristian.

Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, perintah itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sedangkan keputusan sudah dibuat melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan. Teruskan membaca