Arkib untuk United Arab Emirates (UAE)

Kelantan To Its Craziness..??

Posted in umum with tags , , , , , on April 22, 2010 by ffataah

Jangan terkejut membaca tajuk post saya kali ini. Bukan mahu memburuk-burukkan negeriku yang tercinta ini. Tapi mahu melahirkan rasa bangga dengan pencapaian Kelantan pada hari ini. Isu pembangunan yang selalu digembar-gemburkan oleh UMNO BN, menyatakan hanya kerajaan BN yang mampu membawa pembangunan.

Nah! Sekarang lihatlah sendiri pembangunan yang kian rancak yang berlaku di Negeri Kelantan. Tetapi tampuk pemerintahan negeri bukan terletak di tangan BN, sebaliknya diterajui oleh seorang ulamak yang begitu tawadu’ namun tegas dalam masalah-masalah yang melibatkan agama Islam. 18 tahun dibawah pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar, apa yang lebih utama didahulukan adalah pembangunan jatidiri rakyat Kelantan itu sendiri.

Rakyat Kelantan dibangunkan jiwa mereka dengan pendidikan agama bukannya dimomokkan dengan pembangunan fizikal semata-mata.Kini rakyat Kelantan cukup matang dalam soal pembangunan. Mereka faham pembangunan yang lebih utama adalah pembangunan kefahaman agama dalam jatidiri, selepas itu barulah pembangunan fizikal boleh dititikberatkan. Maka tidak hairanlah rakyat Kelantan tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji BN untuk membawa pembangunan ke Kelantan setiap kali tibanya musim pilihanraya.

Sungguh TGNA berjaya menanam di dalam jiwa setiap setiap rakyat Kelantan, agamalah yang patut didahulukan. Tidak hairanlah di dalam setiap majlis-majlis keagamaan yang dianjurkan sentiasa mendapat sambutan yang luarbiasa oleh rakyat Kelantan. TGNA sendiri menjadikan kuliah Jumaat sebagai kuliah tetap pada setiap minggu bertempat di Medan Ilmu Kota Bharu yang disampaikan oleh beliau sendiri. Rakyat Kelantan sentiasa memenuhi ruang Medan Ilmu sampai ke kakilima bangunan bagi mengikuti kuliah beliau.

Teruskan membaca