Arkib untuk Yoga

Fatwa Pengharaman Yoga Dipertikai : Salah Siapa?

Posted in agama, semasa, umum with tags on November 26, 2008 by ffataah

Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun mengeluarkan fatwa pengharaman Yoga, namun ramai yang terus mempertikaikan keputusan tersebut baik daripada individu mahupun pertubuhan malahan di peringkat negeri. Negeri Selangor contohnya masih menangguhkan keputusan Majlis Fatwa tersebut dengan alasan-alasannya. Sister In Islam pula dengan lantang mengeluarkan kenyataan membantah keputusan tersebut dengan alasan senaman Yoga tidak menjejaskan aqidah umat Islam.

Salah Siapa apabila keputusan tertinggi bagi umat Islam di negara ini terus dipertikai?

Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan hanya bertujuan untuk menjaga kepentingan dan akidah umat Islam. Kita sebagai umat Islam yang jahil tentang hukum-hakam ini usah mempertikaikan keputusan tersebut. Kita perlu mendengar serta berfikir secara rasional dan berdasarkan syariat, bukan hanya menggunakan logik akal semata-mata.

Biarpun tujuan senaman Yoga adalah untuk kesihatan, namun dibimbangi ianya akan memesongkan akidah umat Islam kerana terdapat unsur-unsur yang berkait rapat dengan ajaran Hindu. Adakah kita terlalu ketandusan idea dengan memilih ajaran daripada agama lain dengan alasan untuk menjaga kesihatan.

Bukankah Islam sendiri telah mengajar kita satu bentuk senaman yang cukup sempurna iaitu sembahyang lima waktu. Apa yang kita perlu buat adalah menjaga sembahyang yang telah diwajibkan oleh Allah S.W.T. sebanyak lima waktu sehari semalam. tidak sedarkah kita bahawa alim ulamak yang sentiasa menjaga sembahyang mereka jarang mengalami masalah kesihatan. mereka ini tidurnya sedikit kerana sentiasa melakukan amalan-amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah termasuk sembahyang di waktu sepertiga malam. ternyata kebanyakannya sihat walafiat kerana sembahyang itu salah satu bentuk senaman selain merupakan ibadat yang diwajibkan oleh Allah S.W.T. Semalas-umat Islam yang menjaga solat wajib lima waktu tanpa melakukan solat sunat sahaja akan melakukan 17 kali ruku’, 34 kali sujud dan 10 kali salam sehari semalam. Bukankah ianya satu senaman yang menyihatkan? Tidak perlu kita terlampau taksub untuk melakukan senaman Yoga melainkan sikap kita sendiri yang tidak menjaga solat lima waktu, dan adakah solat yang dikerjakan itu betul-betul sempurna?

Teruskan membaca