Dr Zulkefli Calon PAS Di Galas

Posted in politik dengan label , , , on Oktober 22, 2010 by ffataah

Pemangku yang dipertua PAS Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad telah diumumkan sebagai calon PAS untuk pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat di Dataran Ilmu yang terletak bersebelahan dengan Masjid Faiz di Gua Musang malam ini.

Dr Zulkefli adalah bekas calon PAS yang bertanding menentang Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dalam pilihan raya umum 2008.

Berusia 44 tahun, Dr Zulkefli merupakan anak ketujuh daripada 10 adik beradik.

Beliau adalah lulusan ijazah sarjana muda perubatan dan pembedahan, Universiti Malaya pada tahun 1992.

Dr Zulkefli mengendalikan klinik sendiri di Chiku 3, Gua Musang.

Kerusi DUN Galas kosong selepas kematian penyandangnya, Chek Hashim, 48, akibat barah usus pada 27 September lalu. Baca lagi »

Husam: Emas Dinar, Dirham Perak Bukan Matawang

Posted in semasa on Ogos 14, 2010 by ffataah

Exco kanan kerajaan negeri Kelantan Datuk Husam Musa menafikan laporan Bernama semalam berhubung penggunaan emas dinar dan dirham perak sebagai matawang.

Katanya, emas dan perak berkenaan tidak pernah diumumkan sebagai matawang, sebagaimana yang dilaporkan oleh agensi berita itu.

“Siapa yang kata (ini matawang). Kita tidak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi dari segi syariah, ia memang boleh dianggap sebagai matawang,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya lagi, beliau hadir ke majlis pelancaran tersebut semalam dan tidak mendengar menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan emas dan perak itu sebagai matawang.

“Mungkin (Bernama) terlalu terkejut dengan berita itu dan hendak buat sensasi. Kita pun tak pernah kata ini sebagai matawang. Tapi nilainya itu ada,” katanya lagi.

Jelaskan, dinar dan dirham tersebut sebenarnya digunakan untuk pertukaran barangan.”Di mana-mana negara pun, (pertukaran barang) ini dibenarkan. Contohnya kalau seseorang itu ada wau, dia hendak gunakan untuk tukar dengan beras. Kalau ada orang setuju, dia bolehlah guna untuk tukar dengan beras,” katanya lagi. Baca lagi »

Bila Jemariku Menyentuh Lensa III…

Posted in Photography on Ogos 8, 2010 by ffataah

Go to Bila Jemariku Menyentuh Lensa II…

Go to Bila Jemariku Menyentuh Lensa…

PAS saran Jakim perkenal logo ‘haram’

Posted in agama on Julai 30, 2010 by ffataah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran memperkenalkan logo haram di samping mesti berani untuk mengisytiharkan produk-produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan umat Islam.

Ketua dewan pemuda PAS, Nasrudin Hassan at-Tantawi mendesak kerajaan berbuat demikian setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal.

“Saya mengira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo haram (gambar bawah) untuk menjauhkan masyarakat umat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nasrudin Hassan, lambakan barangan atau produk haram bagi umat Islam kini semakin bertambah dan membimbangkan umat Islam.

Katanya, lebih malang lagi terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu. Baca lagi »

RMKe-10: Guru J-QAF ditambah : Kerajaan wujud 10,000 jawatan baru tampung keperluan sekolah di seluruh negara

Posted in Uncategorized on Jun 14, 2010 by ffataah

ALOR SETAR: Kerajaan akan mewujudkan 10,000 perjawatan baru mengisi kekosongan guru J-QAF selaras usaha menambah guru pendidikan Islam di sekolah seluruh negara seperti dirangka dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perjawatan baru itu sebagai tambahan kepada 14,000 guru J-QAF sedia ada di seluruh negara bagi menampung keperluan sekolah.
Beliau berkata, usaha menambah sumber manusia membabitkan guru pendidikan agama akan lebih mudah kerana RMKe-10 membuka peluang kepada lulusan Sijil Menengah Agama atau Sijil Tinggi Agama menjadi guru pendidikan Islam dan J-Qaf.
“Justeru, penambahan 10,000 jawatan ini dijangka dapat merealisasikan hasrat menempatkan guru J-QAF di setiap sekolah rendah yang mempunyai pelajar Melayu termasuk di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Ketika ini, jumlah guru J-QAF tidak cukup untuk menampung keperluan sekolah dan kita berharap penambahan guru dapat membantu usaha melahirkan modal insan berkualiti,” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Kebangsaan Guru Agama Malaysia Barat Cawangan Kedah, di sini semalam.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dijangka menyelaras perjawatan guru agama di jabatan dan majlis agama menerusi pelan dirangka dalam RMKe -10.

“Selain itu, kita jangka lebih banyak premis dan bangunan jabatan serta majlis agama dibina dalam rancangan lima tahun ini, manakala sistem pengurusan dan penyelenggaraan masjid pula akan dipergiatkan,” katanya.
Jamil Khir berkata, RMKe-10 memberi manfaat secara menyeluruh dengan menggabungkan pembangunan fizikal dan modal insan menerusi penyediaan program dan perancangan konsisten.

Himpunan & Solat Hajat Membantah Kekejaman Zionis Israel

Posted in Uncategorized on Jun 3, 2010 by ffataah

Kuliah Khas Bantah Yahudi 4 Jun

Posted in semasa on Jun 2, 2010 by ffataah

KOTA  BHARU, 2 Jun: Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk mengadakan kuliah khas pagi Jumaat, 4 Jun ini berkaitan tindakan ganas dan tidak bertamadun rejim Israel ke atas konvoi kemanusiaan Gaza, Isnin lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kuliah mingguan itu akan diadakan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV dan akan turut diadakan solat hajat serta bacaan Qunut Nazilah di tempat yang sama.

“Saya berharap kerjasama semua pihak, muslimin dan muslimat agar dapat hadir beramai-ramai sebagai tanda kita mengutuk tindakan zalim Israel dan sama-sama memanjatkan doa kepada Allah demi keselamatan, keamanan dan kesejahteraan umat Islam dari kerakusan Yahudi Israel ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Majls Agama Islam Kelantan turut disarankan agar mengarahkan semua masjid dapat menunaikan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah serta menyediakan teks khutbah khusus bagi  mengutuk kekejaman Israel, Jumaat ini.

Beliau turut membidas tindakan terkutuk tersebut sambil menyeru agar seluruh ulama di dunia ini bangkit menunaikan solat hajat dan memohon pertolongan Allah SWT demi menyelamatkan umat Islam dan rakyat Palestin termasuk di Gaza.

Nik Abdul Aziz juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangs-Bangsa Bersatu (PBB) agar memberi teguran keras terhadap rejim itu.

“Saya menyeru agar OIC dan negara Islam turut menyertai bantahan ini bagi membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Palestin,” ujar beliau.

-Harakahdaily

12 Rakyat M’sia Di Kapal Yang Diserang Israel

Posted in semasa on Jun 1, 2010 by ffataah

Dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara – kapal utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.

Mereka termasuk dua wartawan sebuah televisyen berbayar di Malaysia. Mereka adalah sebahagian daripada misi 11 anggota yang dinamakan Lifeline4Gaza, yang mengambil bahagian dalam ‘Flotila Kebebasan’ bagi membawa bantuan kemanusiaan ke Semenajung Gaza.

Adalah dipercayai Lifeline bukan badan kemanusian tunggal dari Malaysia yang terbabit, kerana ada beberapa kumpulan yang bergerak secara berasingan dengan kapal yang lain.

Jurucakap Lifeline4Gaza, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata sembilan daripada mereka adalah sukarelawan dari enam NGO dari Malaysia.

Mereka termasuk Haluan, Aqsa Syarif, Yayasan Amal, Muslim Care, Palestine Centre of Excellence (Pace) dan Jemaah Islamiah Malaysia (JIM).

Dr Hafidzi berkata dia gagal menghubungi kumpulannya itu apabila serangan bermula dan mereka belum dapat mengenal-pasti identiti ke-12 rakyat Malaysia berkenaan. Baca lagi »

Spekulasi harga gula naik esok tak betul

Posted in semasa on Mei 31, 2010 by ffataah

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menolak khabar angin mengatakan harga gula akan naik mulai esok.

Kita tengok esok. Pengguna buat spekulasi 1 Jun harga gula akan naik. Belilah banyak-banyak tapi kita tengok esok naik atau tidak.

“Kalau saya kata tak naik esok tak naiklah tapi pengguna percaya pada tauke kedai seolah-olah tauke kedai yang umum kenaikan harga gula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pengguna 2010 di Putrajaya.

Beliau berkata khabar angin itu mengakibatkan berlaku pembelian jangka pendek atau pembelian panik sejak kebelakangan ini di beberapa negeri dan seolah-olah krisis kekurangan bekalan gula berulang.

Ismail Sabri berkata pada masa ini krisis bekalan gula tidak berlaku dan pengeluaran gula telah ditambah antara lima hingga 15 peratus bagi menghadapi permintaan yang tinggi ketika cuti sekolah dan perayaan Hari Gawai. Baca lagi »

Pelajar Sekolah, Kakak Ditahan Reman Kes Sembunyi Kelahiran

Posted in semasa on Mei 28, 2010 by ffataah

SHAH ALAM: Seorang pelajar perempuan berumur 17 tahun dari sebuah sekolah menengah di sini bersama seorang kakaknya berusia 24 tahun ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Norkamilah Aziz bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Laporan berita semalam berkata polis menahan pelajar itu pada Khamis lalu kerana dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata remaja itu ditahan di sekolahnya di sini 9 pagi semalam manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan.

“Ketika ditahan, pelajar terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang,” katanya.

Noor Azam berkata laporan kesihatan mendapati remaja berkenaan tidak menghadapi sebarang komplikasi dan ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.